INSIDEN empat tahun lalu benar-benar mengubah hidup pelakon Nur Fazura Sharifuddin kini untuk lebih penyabar dan kurang berprasangka dengan orang lain lagi.Jika sebelum ini, ketika menghadapi liku hidup bersama kontroversi mencederakan seorang suri rumah, Geraldine Mariana Wong di Bar Luna, Pacific Regency Hotel and Apartments, Jalan Kia Peng, Fazura pantas untuk berang terhadap sesiapa yang mendekatinya. Namun, semua itu bersebab dan alasan yang diberikan oleh si manis 25 tahun ini boleh diterima akal juga."Dulu, saya lebih suka mempertahankan diri sendiri dan bangkit untuk menyerang orang yang cuba menyakiti hati saya. Jadi, sebab itu saya mudah marah."Saya agak tertekan sebab orang pandang rendah dengan diri saya apabila dilanda dengan masalah tersebut. Masalah tersebut juga membuatkan saya rasa tak yakin untuk berjumpa dengan semua orang. Saya juga dikenali sebagai seorang yang liar dan jahat."Sekarang, tiada apa-apa lagi yang boleh menyakiti hati saya. Saya juga boleh menghadapi masalah dengan penuh keyakinan. Iktibar daripada empat tahun itu membuatkan saya lebih matang, belajar bersabar dan lebih mengenali siapa kawan dan lawan," ujar Fazura ketika majlis kesyukuran dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.Ibu akui Fazura makin matangKata Fazura, majlis tersebut diadakan bagi mengucapkan tanda syukur dan terima kasih kepada wartawan yang memberikan sokongan kepadanya selama ini.Selain itu, Fazura juga menggunakan peluang tersebut untuk menghargai jasa wartawan yang memberikan publisiti meluas kepadanya.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ibu, abang dan adik lelakinya.Berbual dengan ibu Fazura, Fadhillah Nasir, 48, tentang anak perempuannya itu, dia akui Fazura semakin matang. Malah, Fadhillah turut mengatakan yang Fazura lebih tabah daripadanya."Dia juga mendengar nasihat saya supaya berhenti dari pergi kelab malam lagi," katanya.Bertanya tentang bagaimana Fadhillah menghadapi saat-saat anaknya dipandang serong sebelum ini, ibu muda ini sudah menjangkakan apa yang berlaku dan sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan memandangkan anaknya merupakan seorang artis."Saya percaya dia merupakan seorang yang tidak tahu apa-apa. Kalau apa-apa berlaku dia pasti beritahu saya."Saya cakap padanya, tidak mengapa, kita hadapi sahaja semua ini. Dia tahu apa yang berlaku. Berkat daripada doa famili dan kawan-kawan, dia menang kes tu. Saya rasa sangat bersyukur," luah Fadhillah.Positif memilih sahabatMenyebut tentang sahabat, Fazura berkata dia semakin pandai memilih sahabat dan yang penting sahabatnya itu terdiri daripada orang yang positif.Kebanyakan sahabat Fazura datang dari kalangan artis yang dikenalinya sewaktu sama-sama terjun dalam industri lakonan. Mereka adalah Cheryl Samad, Jehan Miskin, Diana Rafar, Tony Eusof dan Sharifah Amani."Memang saya tak nafikan kawan-kawan saya ini datang dari golongan orang yang 'educated' tetapi yang penting mereka ini mengajak saya ke arah kebaikan. Contohnya, Cheryl Samad sentiasa bersama saya waktu susah dan senang," beritahu Fazura lagi.Berkat kesabaran itu jua membuahkan nikmat apabila Fazura dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Walaupun sudah dibebaskan kini, Fazura masih tidak percaya dengan keputusan pembebasannya yang diputuskan oleh pendakwa dan pembela, Aizatul Akmal pada 22 September lalu.Semasa hari kedua selepas pembebasan tersebut, barulah Fazura mengerti bahawa kes tersebut sudah selesai."Apabila bangun dari tidur, saya rasa seperti melihat bunga-bunga kembang mekar dan matahari cerah apabila membuka pintu."Selepas itu, barulah saya betul-betul percaya telah menang kes tersebut selepas ramai orang telefon dan menghantar SMS mengucapkan tahniah," luah gadis yang membahasakan diri dengan nama Faz ini.Tahun 2009..tahun untuk peminatBercerita tentang perancangan Fazura untuk masa akan datang, dia telah memikirkan pelbagai aktiviti untuk peminatnya."Buat masa ini biarlah saya rahsiakan dahulu. Saya tak nak heboh lagi sehingga benda tu menjadi," kata Fazura yang menghargai sokongan yang diberikan kepadanya.Paling membanggakan Fazura apabila peminatnya mengucapkan "Apa jadi, suka juga." di mana mereka semua sentiasa berpihak kepada aktres cantik ini walau apa pun berlaku.Kalau diikutkan, dia memang hendak menjemput semua orang menghadiri majlisnya pada hari itu namun tidak pasti tempat yang bagaimana sesuai untuk mengumpulkan semua peminatnya.Seloroh Fazura: "Tak tahu nak sewa apa, stadium kot."Ujar pelakon Selamat Pagi Cinta ini lagi, tahun 2009 juga merupakan langkah barunya untuk menuruti apa yang diiingini oleh peminatnya."Ada peminat yang nak saya berlakon cerita itu dan ini. Jadi, tahun depan saya akan cuba mendengar pandangan mereka. Tahun depan juga saya jangka nak fokus kepada drama pula," jelas Fazura.Bingkaikan kasut VincciTutur Fazura, dia tidak teragak-agak untuk membingkaikan kasut tumit tinggi emas dan putih berjenama Vincci yang dihayunkan ke muka Geraldine dan pakaian yang dikenakan pada 19 Disember 2004, pukul 1.20 pagi itu."Kasut dan dress itu masih lagi berada di mahkamah. Kalau boleh saya nak bingkaikan dua benda bersejarah itu. Saya patut berterima kasih kepada kasut itu kerana ia telah menyelamatkan saya dari segala-galanya. Ada juga orang cakap yang saya patut menjadi duta jenama kasut tersebut," gurau Fazura yang menantikan tawaran empat buah filem tidak lama lagi.Berkenalan dengan kerabat PahangSeperti wanita lain, Fazura pastinya mempunyai perasaan untuk mencinta dan dicintai.Namun, buat masa ini wanita ini belum membuat keputusan untuk dimiliki dan memiliki mana-mana lelaki.Kata Fazura, dia mahu memantapkan diri dalam karier dahulu sebelum mendirikan rumahtangga. Dengan tegas Fazura berkata: "Lelaki akan tinggalkan kita tetapi karier tidak."Bagaimanapun, Fazura mengaku sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang jejaka dari kerabat Pahang kira-kira dua tahun lalu.Ditanya tentang lelaki idaman Fazura, dia inginkan lelaki yang penyayang, memahami dan 'handsome'."Paling penting, lelaki itu boleh membahagiakan saya, berkongsi susah dan senang di mana-mana sahaja dan bila-bila masa." ucap Fazura juga tidak kisah jika bertemu jodoh dengan seseorang yang bekerja dalam industri seni ini.