DIBEBASKAN DARI TUDUHAN... Pelakon dan Sheereen Mohamad Hadzim atau Shereen, lega setelah Mahkamah Majsitret melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengawal dan memiliki dadah, empat tahun lalu.PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Noor Sheereen Mohamad Hadzim atau Shereen, melahirkan rasa lega dan bersyukur setelah Mahkamah Majsitret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengawal dan memiliki dadah, empat tahun lalu."Lega selepas empat tahun terseksa dan sekarang saya rasa seperti masuk ke dalam syurga," kata artis berusia 38 tahun itu. Mahkamah turut melepaskan tanpa membebaskan teman lelakinya, Ku Faizal Ku Baharum, 32, dan Mohd Nizam Halami, 35.Majistret Nur Syafawati Arifin, membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan sebarang saksi selepas mahkamah beberapa kali menetapkan perbicaraan kes itu sejak Januari 2006.Shereen yang pernah popular dengan berlakon dalam beberapa drama seperti Menantu Mami dan filem Putera serta merakamkan album solo berjudul Rahsia Cinta pada 1992, kelihatan tenang ketika ditemui di perkarangan mahkamah.Dia yang memakai baju berwarna hitam, tiba di pekarangan mahkamah pada kirakira pukul 9 pagi dan turut ditemani bapa, adik perempuan serta rakannya.Pada 23 Mac 2005, Shereen, Ku Faizal, Mohd Hafiz Nasib, 32 dan Mohd Nizam dituduh mengambil dadah jenis methamphetamine bagi tuduhan pindaan pertama. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah bernombor C11C3, Pangsapuri Subang Villa Ehsan, Jalan PJS 10/11, Taman Sri Subang di sini, kirakira jam 2 pagi, 15 Mac, 2005.Keempat-empat mereka, yang dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya jika sabit kesalahan, mengaku tidak bersalah.Mereka turut didakwa mengawal 0.78 gram dadah jenis syabu di tempat, masa dan tarikh sama. Bagi tuduhan pindaan ketiga, mereka dituduh mengawal 0.66 gram dadah jenis kanabis di tempat, masa dan tarikh sama.Bagi tuduhan pindaan kedua itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), yang jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.Manakala bagi pertuduhan pindaan ketiga itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun serta dikenakan tidak kurang 10 sebatan, jika disabit kesalahan.Sebelum ini, pada 3 Ogos 2005, Mohamad Hafiz Nasib, dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah kerana menggunakan dadah methamphetamine mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di C11C3 Apartmen Ehsan Subang Villa di Jalan PJS 10/11 di Taman Sri Subang, Subang di sini pada kirakira 2 pagi, 15 Mac, 2005.Shereen diwakili peguam R. Vasanthi, manakala Ku Faizal diwakili Hasnal Rezua Merican manakala Nizam tidak diwakili peguam.Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohd Qafie Taib. BERNAMA