PELAKON BLOGGER BOY (dari kiri): Nas-T (sebagai Kid), Julie Woon (Nina) and Qushairi Razali (Budi). BLOGGER Boy yang merangkumi 20 episod akan menemui penonton 8TV (atau saluran 708 Astro) setiap Khamis jam 9.30 malam bermula 28 Mei 2009 ini.Drama bersiri ini menampilkan pengacara ‘Destinasi Bajet’ Qi bergandingan dengan pelakon-pelakon muda yang cukup berbakat iaitu Nas-T dan Julie Woon. “Ini merupakan sebuah lagi drama yang hebat dengan konsep yang segar. Blogger Boy yang menerapkan elemen humor, nakal dan romantik ini akan disiarkan secara eksklusif di 8TV. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri hebat ini!“Drama bersiri ini juga penuh dengan plot-plot dan jalan cerita yang cukup menarik. Anda pasti akan terus melekat dengan drama bersiri Blogger Boy ini!," ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.Kim turut menambah “Blog merupakan sesuatu yang biasa di era ini lebih-lebih lagi dikalangan remaja. Tampil segar dengan sedikit elemen komik, drama ini kelihatan cukup berbeza dengan drama bersiri yang lain.”Blogger Boy mengisahkan kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi (Qi). Budi, berusia 20-an masih mencari-cari erti sebenar kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Pada waktu yang sama, Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama “Budak KL”.Setelah lebih sebulan menganggur, Budi akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di sebuah pusat tuisyen.Budi yang sentiasa didesak oleh ibunya untuk berkahwin telah mengambil keputusan untuk melamar teman wanitanya – Zehan sewaktu temujanji makan malam mereka.Namun Zehan terlebih dahulu memberikan kejutan apabila mengeluarkan kad jemputan perkahwinannya dengan lelaki lain.Budi yang ternyata begitu hampa dan sedih menghabiskan hari-harinya berkurung di dalam bilik.Kid (Nas-T) yang merupakan teman serumah Budi menasihatkan Budi untuk bersemuka dengan Zehan untuk membuktikan bahawa hidupnya sempurna tanpa Zehan di sisinya.Budi yang bersetuju dengan idea gila Kid kemudiannya bertemu dengan Zehan, namun hatinya begitu sakit melihat Zehan sedang mencuba baju pengantin dan bersedia untuk sesi fotografi pra-perkahwinannya.Harapan Budi untuk memberitahu perasaan sebenar beliau terhadap Zehan tidak kesampaian apabila pertemuan mereka lebih kepada perbincangan mengenai baki hutang yang masih belum Budi langsaikan.Budi bergegas keluar kerana tidak mahu bertemu dengan tunang Zehan. Walaupun begitu dalam keadaan tergesa-gesa, Budi terserempak dengan teman sekolah lamanya (Nina) yang juga merupakan seorang jurugambar.Tidak lama kemudian laman blog Budi mula menjadi ikutan ramai. Kebanyakan pembaca berdebat tentang karakter dan jalan cerita si “Budak KL” ini.Blogger boy merupakan idea kreatif Lina Tan, Rafidah Abdullah dan Bernard Chauly. Mereka juga merupakan Penerbit, Penulis dan Pengarah untuk drama bersiri ini.“Rafidah merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada dunia komik ‘manga’ dan ‘manwha’ yang cukup popular di Jepun dan Korea."Komik ini begitu popular di kalangan remaja dan kami mengambil keputusan untuk menggabungkan elemen komik dan muzik di dalam drama terbaru kami ini,” ujar Lina Tan, Pengarah Urusan Red Communications yang juga merupakan penerbit untuk Gol & Gincu dan KAMI yang pernah disiarkan di 8TV sebelum ini.Blogger Boy merupakan sebuah drama yang penuh dengan watak-watak yang cukup menarik dan lengkap dengan kisah-kisah kehidupan masyarakat sekeliling. Sifat lurus bendul Budi dan juga humor di dalam drama ini kelihatan cukup menarik dan menghiburkan!Bukan itu sahaja drama ini juga menyuntik elemen baru dalam drama bersiri tempatan yang menyelitkan unsur narator dalam penceritaan.Untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya, jangan lupa untuk menonton drama bersiri Blogger Boy ini.Blogger Boy boleh ditonton di laman www.mobile.8tv.com.my menerusi telefon bimbit.