suria

Dua anak angkat Madonna tak tahu bercakap dalam bahasa ibunda

Madonna bersama anak angkatnya David.
Madonna bersama anak angkatnya David.
Madonna bersama anak angkatnya David.

Dua angkat Madonna yang berasal dari Kepulauan Malawi tidak tahu bercakap dalam bahasa ibunda mereka.

Mereka kian lupa akan bahasa ibunda mereka dalam proses menyesuaikan diri semasa tinggal bersama ‘superstar’ tersebut.

Menurut seorang pegawai daripada rumah anak-anak yatim yang dimana anak-anak itu tinggal, itu merupakan kesan langsung selepas penyanyi terkenal itu mengambil David Banda dan Mercy James dari sebuah rumah anak-anak yatim yang terletak di Mchinji, Malawi.

Pada hujung minggu yang lalu, Madonna membawa pulang kanak-kanak tersebut balik ke Kepulauan Afrika sebelum mereka memulakan sesi persekolahan mereka.

Semasa lawatan tersebut, kedua-dua anak kecil itu juga turut menziarahi rumah anak-anak yatim mereka.

Penjaga rumah anak-anak yatim berkenaan, Lucy Chipeta mendakwa yang kanak-kanak itu tidak pandai bercakap dalam bahasa Chichewat tetapi gembira hidup bersma ibu baru mereka.

”David telah lupakan semua di sini. Dia hanya boleh mengingati beberapa patah perkataan dalam bahasa ibundanya.

"Mercy pula ibaratkan anak orang putih. Dia langsung tidak tahu bercakap dalam bahasa ibundanya,” katanya dalam satu temu bual bersamanya.

Menurut Lucy lagi, David juga kelihatan gembira dan mengakui yang Madonna merupakan seorang ibu yang baik.

Artikel Sebelum

Artikel Lain