Arianie (dua dari kiri) berbincang dengan peguamnya selepas prosiding mahkamah selesai semalam. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOWPETALING JAYA:Bekas isteri penyanyi Hattan, Arianie Mohd. Abidin mendakwa dia tidak pernah menerima edah dan mutaah daripada bekas suaminya sejak mereka bercerai.Ketika ditemuramah di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, Arianie, 38, memberitahu dia tidak pernah mendapat edah dan mutaah sejak bercerai dengan Hattan atau nama sebenar Mohd. Shukri Shahabuddin, 45, pada 2004. "Ini adalah tidak adil kerana saya telah mendiamkan diri selama lima tahun," jelas pramugari ini yang menambah bekas suaminya seharusnya tahu tanggungjawab pemberian edah dan mutaah.Arianie juga memberitahu dia mempunyai perjanjian dengan Hattan tentang penjagaan anak mereka, Adam Eiman, yang kini berusia 11 tahun."Semasa saya bekerja, dia akan menjaga anak. Bila saya bercuti dan ingin mengambil anak pula, dia mengenakan berbagai syarat," katanya.Misalnya, katanya, dia tidak dibenarkan membawa Adam berjumpa dengan kawan-kawan lelaki atau perempuan.Arianie, yang masih solo, hadir bersama seorang temannya dalam perbicaraan kes tuntutan edah dan mutaah terhadap bekas suaminya.Hattan, bagaimana pun tidak hadir, kerana dia tidak sihat. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memberitahu bahawa Hattan telah mengemukakan sijil sakit kepada mahkamah semalam.Peguam Harziah Othman yang mewakili Arianie (plaintif) memberitahu Hattan tidak pernah menghadiri prosiding berhubung tuntutan edah dan mutaah kecuali majlis sulh.Dalam prosiding semalam, Harziah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada Hattan yang dia perlu hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan tersebut."Saman untuk kedua-dua kes (edah dan mutaah) telah disempurnakan kepada pihak defendan (Hattan)," kata Harziah.Harziah turut memohon tarikh baru untuk perbicaraan kerana beliau masih belum mendapat jawapan bertulis dari Jabatan Insolvensi untuk kebenaran mewakili anak guamnya, Arianie (plaintif).Arianie juga mendakwa dia kini berhadapan dengan hutang ekoran pembelian sesetengah aset sepanjang perkahwinannya.Hattan dan Arianie mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996.Hattan melafazkan lafaz cerai talak satu terhadap Arianie di kediaman mereka di No. 29, Tropicana Golf and Country Resort pada 31 Disember 2004.Pada 4 Januari 2005, Arianie memfailkan permohonan pengesahan perceraian yang dibuat oleh Hattan pada 31 Disember 2004.Pada 10 Mac 2005, Hattan secara rasmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Arianie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Eiman.