Dari kiri Mazlan Pet Pet, Azlee dan Wahid semasa tayangan perdana filem 'Senario The Movie Episod 2: Beach Boys' pada hari Selasa yang lalu.FILEM terbaru, ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys’ yang diarahkan oleh Ahmad Idham mempunyai intro menarik ala ‘Baywatch’.Ia akan membuatkan penonton tertunggu-tunggu untuk adegan seterusnya, kerana amat melucukan dan memberi impak yang kuat kepada sesiapa yang menonton filem ini. Apabila ketiga-tiga hero filem ini, Azlee, Mazlan dan Wahid menaiki feri untuk sampai ke Pulau Pangkor, mereka terserempak dengan tiga gadis jelita yang juga adik beradik, Qasidah (Maria Farida), Hamidah (Nik Sayyidah) dan Zuraidah (Marsha). Mereka mula bergaduh sebaik bertembung.Sejurus sampai disana, hero-hero yang menggunakan nama asal mereka dalam filem ini, tanpa disedari turut tinggal di resort yang dimiliki oleh ayah tiga gadis tadi.Menariknya mengenai filem yang akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 19 November ini, Ahmad Idham mewarnai setiap karaktor (heroin) dengan latar belakang berbeza.Tiga gadis ini mempunyai ayah yang sama tetapi ibu yang berbeza.Qasidah merupakan anak kacukan Melayu-orang puith, manakala Hamidah merupakan anak kacukan Melayu Kelantan-Thailand dan Zuraidah pula adalah anak kacukan Melayu-Sabahan.Ketiga-tiga aktres ini membawa watak masing-masing dengan baik. Tetapi lakonan Nik Sayyidah yang paling menonjol sekali.Semasa tayangan perdananya semalam, ramai yang ketawa melihat telatah Nik semasa penggambaran kerana lakonannya memang realistik.Walaubagaimanapun, lakonan Mazlan Pet Pet bagaikan dibuat-buat dan ada kalanya tidak melucukan langsung.Ahmad Idham cuba mengekalkan elemen yang ada pada karektor Senario yang dahulunya menjadi lambang Mazlan iaitu bunyi trumpetnya.Jalan cerita filem menarik sehinggalah bila adegan tiga hero ini tadi mendapat tahu yang perniagaan resort Ariba Ariba itu tidak berjaya.Tiga hero ini cuba bermacam cara untuk menyelamatkan resort itu dengan menarik ramai pelanggan ke situ.Disebabkan ini, timbul pergaduhan di antara pemilik resort Mansor (Datuk Jamali Shadat) dan pembeli resort Remy(Riezman Khuzaimi) kerana akhirnya Mansor tidak jadi menjual resortnya seperti yang dirancang.Untuk memaksa Mansor menjual resortnya, Qasidah menjadi mangsa apabila dia diculik oleh pembeli resort tersebut.Dalam usaha untuk menyelamatkan Qasidah yang dibawa lari ke Pulau Penyamun, ketiga-tiga pasangan itu pergi ke pulau tersebut tetapi mereka terkandas di sana.Penghujung cerita ini agak cliche dan agak membosankan ketika timbul pergaduhan di antara kumpulan penjahat dan tiga pasangan kekasih itu.Apa yang menarik mengenai filem ini adalah slanga yang digunakan oleh watak-watak heroin terbabit. Ini adalah satu kelainan yang diterapkan oleh Ahmad Idham dalam episod Senario pada kali ini.Bahagian pertama filem ini agak menarik kerana unsur-unsur komedi yang ditonjolkan oleh pengarah agak bagus dan memang penonton tidak kering gusi.Walaupun momentum filem ini agak sederhana, filem ini tetap sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.