PENANTIAN selama empat tahun untuk bergelar seorang ibu akhirnya menjadi kenyataan kerana Pink sedang mengandung lima bulan.Penyanyi berumur 31 tahun itu yang berkahwin dengan bintang motorcross, Carey Hart begitu gembira dengan kehadiran cahayamata baru dan pada masa sama juga mereka risau kerana Pink pernah keguguran sebelum ini. Menurut Pink atau nama sebenarnya Alecia Moore, dia tidak memberitahu kepada umum tentang kandungannya itu kerana takut takut jika keguguran berlaku lagi."Saya begitu gementar dengan bayi di dalam kandungan saya sekarang kerana sebelum ini saya pernah keguguran dan tidak sanggup menahan sakit."Tambah pula saya dan Carey berusaha untuk mendapatkan zuriat dan jika kali ini tidak menjadi, sudah pasti kami akan kecewa," katanya di program temubual The Ellen DeGeneres Show.Tambah penyanyi yang popular dengan lagu So What itu, walaupun fikirannya tidak tenang memikirkan kesihatan kandungannya, Pink memastikan dirinya makan makanan yang sihat sebanyak yang mungkin."Sekarang ini saya makan untuk dua orang. Kami mahu bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan yang sihat."Apapun, berkemungkinan besar kami akan mendapat anak perempuan, seperti yang diimpikan ibu saya," selorohnya.Pada tahun 2008. Pink dan Carey mengalami masalah rumahtangga dan mereka berpisah untuk sementara waktu dan pada tahun 2009, mereka kembali bersama dan difahamkan kedua-dua mereka lebih bahagia berbanding sebelum ini.