suria

Ibu Perkenalkan Enam Calon Isteri Untuk Shamsul

Shamsul bersama trofi anugerah Lakon Layar Terbaik Filem yang dimenanginya semasa Anugerah Skrin 2010. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Shamsul Yusof akui agak sibuk sejak kebelakangan ini sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup.

Lantaran itu, ibunya, Datin Fatimah Ismail membantu Shamsul mencari calon isteri dengan memperkenalkan anaknya itu kepada lima hingga enam wanita.

“Kebanyakan wanita itu adalah anak kepada kawan mak saya. Saya harap kalau ada rezeki dan jodoh pada tahun depan, saya nak berkahwin.

“Umur saya pun dah nak masuk 27 tahun pada Mei tahun depan,” katanya yang memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik Filem menerusi filem Evolusi KL Drift 2 di Anugerah Skrin 2010, Jumaat lalu. Sebelum ini, dia pernah bercinta dengan pelakon Diana Danielle, namun hubungan mereka putus ditengah jalan sekitar hujung 2008.

Dia mengakui mengenali ramai kawan wanita. Namun belum bersedia untuk menyunting mana-mana wanita kerana kebanyakan wanita yang ditemuinya tidak memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk.

Bagaimanapun, anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

Sengaja diusik calon yang bagaimana yang dicari-cari, sambil tersenyum dia menjawab: “Saya mahu wanita yang memahami dan bermata biru.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain