Katy PerrySEJAK dua tahun lalu, penyanyi Katy Perry telah meninggalkan makanan berdaging bagi mengikut cara pemakanan suaminya, Russel Brand yang merupakan seorang vegetarian.Bagaimanapun, Katy telah melanggar janjinya apabila dia dilihat sedang menikmati masakan ayam belanda di sebuah restoran. "Russel telah menjadi seorang vegetarian selama 22 tahun dan ini agak sukar buat Katy yang meminati makanan berdaging. Memang dia cuba untuk berhenti memakan daging demi Russel tetapi ia bukan sesuatu yang mudah untuknya," kata sumber kepada Dailymail.Bagaimanapun, sehingga kini Russel masih lagi setia bergelar seorang vegetarian, malah pada Jun lalu, Russel diberi gelaran 'Vegetarian Paling Seksi' dari PETA."Walaupun saya seorang penagih dadah, saya masih lagi seorang vegetarian yang sejati. Saya mungkin mengambil heroin, tetapi tak pernah lagi saya menyentuh hamburger," kata Russel.