Audy ItemPETALING JAYA: Penyanyi Indonesia Audy Item meluahkan rasa sedih apabila suaminya, pelakon Iko Uwais tiada di sisi ketika menjalani ibadat berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini.Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, berkata, Iko terpaksa memenuhi jadual penggambaran sebuah filem arahan pelakon Keanu Reeves di Amerika Syarikat (AS). "Kesibukannya bersambung-sambung sejak mendirikan rumah tangga pada 25 Jun lalu. Sebelum ke AS, penggambarannya dijalankan di Hong Kong."Jadi, pertama kali menjalani ibadah puasa sebagai isteri tanpa suami di sisi membuatkan perasaan saya sedikit sedih dan sebak."Namun saya bersikap positif dengan memikirkan kesibukan yang dilaluinya adalah untuk kami sekeluarga," katanya.Tambah Audy, memandangkan perasaan rindu semakin membuak-buak, dia mungkin akan ke AS meluangkan masa bersama.Dalam pada, ketiadaan suami di sisi tidak bermakna dia melalui bulan Ramadan dengan keadaan yang sedih.Sebaliknyan kegemaran Audy yang suka memasak membuatkan dia gemar menjemput rakan-rakannya ke rumah untuk berbuka puasa bersama."Saya seorang yang gemar memasak dan inilah aktiviti saya jika tiada kerja-kerja nyanyian."Antara masakan kegemaran yang sering dibuat ialah makanan barat seperti daging panggang serta masakan Sunda," tuturnya.