suria

'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' Ungguli 'Top 5' ASK 2013

Awal Ashaari bertindak sebagai pengacara pada program Debaran Anugerah Skrin 2013 yang pertama kali diadakan mengumumkan lima pencalonan terbaik bagi 30 kategori yang bertanding.
Awal Ashaari bertindak sebagai pengacara pada program Debaran Anugerah Skrin 2013 yang pertama kali diadakan mengumumkan lima pencalonan terbaik bagi 30 kategori yang bertanding.
Awal Ashaari bertindak sebagai pengacara pada program Debaran Anugerah Skrin 2013 yang pertama kali diadakan mengumumkan lima pencalonan terbaik bagi 30 kategori yang bertanding.

SHAH ALAM: Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd iaitu Mawar Putih Tanda Perpisahan mengungguli pencalonan Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) apabila menerima lapan pencalonan daripada 30 anugerah yang dipertandingkan.

Drama lakonan Datuk Rosyam Nor dan Nad Zainal itu dicalonkan dalam kategori Videografi Terbaik, Lakon TV Terbaik, Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik Drama menerusi pengarahnya, Bade Azmi.

Manakala barisan pelakon drama tersebut turut mendapat pencalonan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Rosyam), Pelakon Wanita Terbaik (Nad Zainal), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ruminah Sidek) dan Artis Harapan Pantene (Yuswaizar).

Drama Aku Bukan Malaikat arahan Erma Fatimah dan Fatihah Untuk Abah (Azma Aizal Yusoof) pula masing-masing mendapat tujuh pencalonan termasuk Pengarah Terbaik dan Drama Terbaik.

ASK 2013 memecah tradisi apabila buat pertama kalinya membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan Debaran Anugerah Skrin 2013.

Ia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada Jumaat malam.

Kemuncak acara itu bakal berlangsung pada 29 November 2013.

Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.

Sementara itu, antara nama yang turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Drama Terbaik adalah Sharnaaz Ahmad, Faizal Hussien, Wan Hanafi Su, Azhan Rani manakala bagi kategori wanita adalah Datin Umie Aida, Nora Danish, Sharifah Amani dan Sherlie Merlis.

Bagi kategori filem, karya terbitan Grand Brilliance iaitu KIL mendapat tujuh pencalonan iaitu Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik (Nik Amir Mustapha), Pelakon Wanita Terbaik (Cristina Suzanne), Pelakon Lelaki Terbaik (Redza Minhat), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Anne James) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Harun Salim Bachik).

Turut bertanding dalam kategori Filem Terbaik adalah SAM, Rock Oo, Istanbul Aku Datang dan Langgar.

Kategori Pengarah Terbaik pula memperlihatkan Mamat Khalid berentap dengan nama-nama baru dalam dunia perfileman iaitu Syafiq Yusof, Bernard Chauly dan Syed Hussain.

Dalam perkembangan sama, nama-nama seperti Lisa Surihani, Nadia Aqilah, Nora Danish dan Jojo Goh turut tersenarai sebagai lima pencalonan terbaik untuk kategori Pelakon Wanita Filem Terbaik.

Manakala Shahiezy Sam, Que Haidar, Remy Ishak dan Adi Putra dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Filem Terbaik.

Bagi kategori drama rantaian, lima drama telah dicalonkan untuk berentap merebut anugerah Drama Rantaian Terbaik iaitu Adam Dan Hawa, Dalam Setiap Sujud, Debunga Lalang, Karlos dan Surat Dari Langit Biru.

Kategori drama komedi pula menerima pencalonan seperti Buletin Cinta, Mentua VS Mentua, Udin Glamor Balik Kampung dan Keluarga Iskandar.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, penganjuran ASK 2013 mendapat sokongan positif daripada stesen televisyen lain dan pengumuman senarai lima pencalonan terbaik bagi semua kategori sebulan sebelum berlangsungnya acara itu bagi mencetuskan debaran di kalangan finalis bertanding.

"Kami ingin meraikan kesemua finalis yang tersenarai kerana mereka sudah layak bergelar sebagai pemenang berdasarkan kualiti kerja yang dipersembahkan," katanya.

Jelas Sherina lagi, kesemua calon yang tersenarai dipilih berdasarkan garapan skrip yang baik, jalan cerita sempurna, lakonan, mutu penerbitan serta mempunyai mesej positif.

"Calon-calon bertanding terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013 dan pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton menerusi kajian Nielsen Audience Measurement mengikut ‘genre’ masing-masing.

“Semua pencalonan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih," jelasnya.

Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.

Kumpulan One Nation Emcee turut menjadi artis pembuka tirai pada acara malam Jumaat dengan menyampaikan lagu-lagu daripada filem Bujang Lapok iaitu Resam Dunia, Pok Pok Bujang Lapok, Ya Habibi Ali Baba dan Gelora.

Selain kumpulan itu, penyanyi Asmidar, Jaclyn Victor dan Ucop turut memeriahkan suasana dengan persembahan bertenaga mereka dengan menyampaikan lagu-lagu daripada filem Sembilu 2 iaitu Bersama Akhirnya, Senja Nan Merah dan Ukiran Jiwa.

Berikut adalah senarai Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013:

KATOGERI DRAMA

1. DRAMA TERBAIK

Aku Bukan Malaikat – Rumah Karya Citra Sdn Bhd

Di Bawah Langit Mu – Primeworks Studios

Fatihah Untuk Abah – BZ 2121 Productions Sdn Bhd

Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Neraka Abah – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA

Sharnaaz Ahmad - Di Bawah Langit Mu

Faizal Hussein – Fatihah Untuk Abah

Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman

Rosyam Nor - Mawar Putih Tanda Perpisahan

Azhan Rani - Neraka Abah

3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA

Datin Umie Aida - Aku Bukan Malaikat

Nora Danish – Di Bawah Langit Mu

Sharifah Amani - Fatihah Untuk Abah

Nad Zainal – Mawar Pitih Tanda Perpisahan

Sherie Merlis – Perempuan Itu Ibuku

4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA

Beto Khusyairi – Aku Bukan Malaikat

Azhan Rani - Fatihah Untuk Abah

Amerul Affendi – Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman

Shukri Yahya – Perempuan itu Ibuku

Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap

5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA

Khatijah Tan - Akhirnya Kisah Perempuan

Ruminah Sidek – Mawar Putih Tanda Perpisahan

Liza Abdullah – Neraka Abah

Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku

Amanda Misbun – Tunggu Sekap

6. PENGARAH DRAMA TERBAIK

Erma Fatima - Aku Bukan Malaikat

Raja Ahmad Alauddin – Di Bawah Langit Mu

Azma Aizal Yusoof - Fatihah Untuk Abah

Bade Haji Azmi – Mawar Putih Tanda Perpisahan

Heykal Hanifah - Neraka Abah

7. ARTIS HARAPAN PANTENE

Aniekeme Samuel – Aku Bukan Malaikat

Shasha Al Khred - Kawan

Adam Shah - Kawan

Yuswaizar – Mawar Putih Tanda Perpisahan

Hadi Nawawi – Tunggu Sekejap

8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK

Adam dan Hawa – Global Station Sdn Bhd

Dalam Setiap Sujud – Primeworks Studios

Debunga Lalang – Asia Media Content

Karlos – Frontrow Picture Sdn Bhd

Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd

9. DRAMA KOMEDI TERBAIK

Keluarga Iskandar – KL Motion Picture Company Sdn Bhd

Mentua VS Menantu – Primeworks Studios

Buletin Cinta – Primeworks Studios

Udin Glamor Balik Kampung – NHF Productions Sdn Bhd

KATEGORI FILEM

10. FILEM TERBAIK

KIL – Grand Brilliance

SAM – Skop Production Sdn Bhd

Rock OO – Grand Brilliance

Istanbul Aku Datang – Grand Brilliance

Langgar – Tayangan Unggul Sdn Bhd

11. PENGARAH TERBAIK FILEM

Nik Amir Mustapha - KIL

Syafiq Yusof - SAM

Mamat Khalid - Rock OO

Bernard Chauly - Istanbul Aku Datang

Syed Hussein – Langgar

12. PELAKON WANITA TERBAIK

Cristina Suzanne - KIL

Lisa Surihani - Sam

Nadia Aqilah - Zaiton Ceritaku

Nora Danish – Mencari Cinta

Jojo Goh – 29 Februari

13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM

Shaheizy Sam - SAM

Que Haidar - Rock OO

Redza Minhat - KIL

Remy Ishak - 29 Februari

Adi Putra – Langgar

14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM

Erin Malek - Lari

Datin Umie Aida – Sembunyi

Anne James - KIL

Miera Liyana – Pecah

Yana Samsudin - 2 Kalimah

15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM

Khir Rahma – Rock OO

Harun Salim Bachik - KIL

Izzue Islam – 29 Februari

Sharnaaz Ahmad – Juvana

Sofi Jikan – Rock OO

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK

Lama Terbaru (TV9)

Nona 2013 (TV3)

Detik 12 Malam (TV3)

Hip Hoppin’ Asia (8TV)

Salam Muslim (ASTRO OASIS)

17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK

The Breakfast Show (ntv7)

Tunggu Sekejap (TV3)

Selami Jiwa Fadzilah Kamsah Istimewa Raya (Astro Oasis)

Suara Kami (Astro Awani)

Bella (ntv7)

18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK

Bella Awards 2013 (ntv7)

Tom Tom Bak All Stars – (Astro Ceria)

Anugerah Blokbuster 2 (Astro Ria)

Amekaw Musim 3 (TV3)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)

19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK

Shout Awards 2012 (8TV)

Laskar Nidji (TV9)

Versus 2 (TV9)

Rooftop (ntv7)

Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)

20. RANCANGAN REALITI TERBAIK

Raja Lawak Akhir (Astro Warna)

Jetlag (TV9)

Showdown 2013

The Ultimate Songs (8TV)

Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK

Anak Lorong – Buletin Utama (TV3)

Chinese New Year Special , Wayang Kulit (Mandarin News – 8TV)

Rakus (Berita TV9)

Syiah Itu Tidak Berpenghujung (Berita TV9

Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)

Artikel Lain