PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan tambang rendah AirAsia bersetuju memberikan tiket penerbangan sempena pelancaran wajah baharu mStar Online yang bakal berlangsung di Alexis Garden, Mid Valley dekat sini pada 17 April ini.
Pegawai Khas kepada Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad iaitu Edd Razhe berkata, tiket-tiket berkenaan membabitkan destinasi popular laluan syarikat penerbangan tersebut iaitu Medan, Jakarta, Bangkok, Singapura dan Guangzhou (China).
“Setiap pemenang tiket ini boleh membawa pasangan masing-masing ke lima destinasi terpilih bagi perjalanan antarabangsa yang merupakan laluan popular atau ‘hot’ syarikat penerbangan kami,” katanya kepada mStar Online di sini pada Rabu.
Tambahnya, ia juga sebahagian daripada tanda sokongan syarikat penerbangan itu kepada portal ini yang banyak membantu pihaknya mempromosikan destinasi-destinasi terpilih AirAsia.
Bagi menyertai peraduan #mstarvip ini, anda perlulah mempunyai akaun Intagram dan hendaklah mengikut cara-cara berikut.
1. Jadi pengikut mStar Online menerusi akaun mstardotcomdotmy.
2. Ambil gambar anda dengan stail ‘Summer Chic’.
3. Tuliskan kapsyen yang menarik dan ‘comel’ mengenai stail anda dalam Instagram anda.
4. Hantarkan ia kepada kami menerusi hastag #mstarvip
5. Pelakon Fazura dan pereka fesyen Rizman Ruzaini akan memilih gambar dan kapsyen paling menarik.
6. Pihak kami akan menghubungi anda untuk sama-sama sertai pelancaran wajah baharu mStar Online.
7. Tarikh tutup peraduan pada 6 April 2014.
8. Maklumat lajut layari: http://peraduan.mstar.com.my/index.html