suria

Tiada Karakter 'Ibu-Anak' Ketika Kayda Bekerja Dengan Sheila Majid

Kayda bersama ibunya Sheila Majid

PETALING JAYA: Penyanyi Kayda Aziz memberitahu dia tidak mambawa karakter ibu dan anak dalam setiap kerjasama yang dilakukan bersama ibunya Datuk Sheila Majid.

Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda, 25, yang membintangi sebuah iklan kormersial bersama ratu jaz negara itu berkata, kedua-dua mereka sentiasa bersikap profesional sebagai artis semasa menjalani penggambaran iklan tersebut.

"Bila kami bekerjasama tiada istilah ibu dan anak, masing-masing perlu profesional dan serius bila ia berkaitan dengan kerja.

"Beliau (Sheila) seorang yang garang dan tegas, tapi dia beri peluang kepada saya yang baru belajar ini, dia tahu saya agak gementar sepanjang penggambaran," ujarnya kepada mStar Online.

Kayda ditanya tentang lakonan dia dan ibunya dalam sebuah iklan susu Anlene.

Tambahnya, iklan tersebut merupakan kerjasama paling besar yang dilakukan bersama ibunya sejak menceburi industri hiburan.

"Sebelum ini ada beberapa kali juga saya bekerjasama dalam persembahan dan kami ada lagu bersama tapi kurang promosi.

"Insya-Allah, ada sebuah lagu berbahasa Inggeris baru yang sudah dirakam dan akan dikeluarkan tidak lama lagi," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kayda berkata dia bakal keluar dengan single terbaharu berkolaborasi dengan penyanyi rap Amerika Syarikat iaitu Radio 3000.

Tambahnya, dia dilamar oleh penyanyi berkenaan ketika membuat persembahan sempena World Cup 2014 lalu.

"Saya kenal Radio 3000 sejak dua tahun lalu ketika kami sama-sama dalam satu majlis dan dia mempelawa saya untuk berkolaborasi.

"Setahun kemudian barulah kami dapat bekerjasama dan lagu itu akan diperdengarkan kepada umum bulan depan," ujarnya.
Kayda Aziz, Sheila Majid

Artikel Berikut

Artikel Lain