PENYANYI Hafiz Hamidun menepis dakwaan apa yang terjadi terhadap rumah tangganya dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa berikutan sikap terburu-burunya untuk berkahwin. Hafiz, 33, berkata, perkenalan selama lima bulan sebelum bernikah itu adalah masa yang cukup untuk menguruskan hal dokumentasi. "Perkara ini bukan disebabkan ada yang kata saya terburu-buru atau terdesak nak berkahwin, pada saya perkenalan lima bulan itu adalah masa yang cukup. "Saya kenal bulan Januari, bertunang bulan Mac dan berkahwin bulan Mei. Saya fikirkan untuk bercinta selepas berkahwin dan bukan berkawan saja-saja," ujarnya kepada mStar Online. Tiada Hubungan Kelamin Dengan Joy Revfa - Hafiz Hamidun Hafiz berkata demikian pada sidang media yang diadakan di pejabat syarikat pengurusannya, Artieffect, Damasara Perdana, di sini, pada Selasa. Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini tampil bagi membuat penjelasan berkaitan kemelut rumah tangga dengan Joy Revfa. Hafiz mengadakan sidang media pada Selasa. Selain itu, tambahnya, jika urusan perkahwinan itu dilakukan dengan betul, ia tidak mendatangkan sebarang masalah seperti yang dilaluinya hari ini. "Kalau tidak melembat-lambatkan kerja itu semuanya boleh berjalan seperti biasa dan tidak terjadi isu seperti ini. Ini tidak, banyak sangat alasan yang diberikan (oleh Joy Refva). "Saya juga tidak mendapatkan kerjasama yang baik untuk melancarkan urusan ini," ujarnya. Sementara itu, ditanya sama ada dia berasa trauma untuk berkahwin pada masa akan datang, Hafiz berkata, dia memerlukan sedikit masa untuk memikirkan hal itu. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana keluarganya memahami dan enggan campur tangan dengan perkara itu. "Saya tidak trauma tapi saya perlu masa untuk berkahwin pada masa akan datang. Namun, bagi saya apa yang saya lalui ini bukan sahaja pengajaran kepada saya, malah kepada semua orang tentang kepentingan status sebelum berkahwin," ujarnya. Surat Cerai Dedah Joy Revfa Isteri Orang Masa Kahwin Hafiz Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz. Permohonan itu dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah. Pasangan ini akan ke mahkamah pada 14 September depan bagi sebutan tuntutan faraq yang dimohon Joy terhadap Hafiz. Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz. Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017. Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. Bagaimanapun timbul isu apabila Joy dikatakan mendapat pengesahan cerai pada 13 Julai 2017 namun mereka bernikah pada 1 Mei 2017. Ini bermakna semasa pernikahan dengan Hafiz itu, Joy masih berstatus isteri orang.