suria

“Nasib Baik Tak Jatuh Jejambat” – Ara Johari

Ara tidak mengalami sebarang trauma selepas terlibat dalam kemalangan kereta. Foto Instagram: @arajohari.

PENYANYI Ara Johari terlibat dalam kemalangan kereta ketika dia dan pembantunya dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, malam Jumaat.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 20, berkata kereta jenama Honda City yang dipandunya hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan dalam kejadian di USJ 9, Subang Jaya.

"Saya dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Shah Alam. Ketika itu hujan dan jalan licin tapi tak bawa laju pun.

"Malangnya kereta yang dipandu saya hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk," kata Ara ketika dihubungi mStar Online.


Ara memuatnaik foto keadaan keretanya selepas kemalangan.

Bekas peserta program Akademi Fantasia 2016 ini memuat naik gambar keretanya yang remuk di laman Instagram pada Sabtu.

Penyanyi lagu Warkah Untukku ini berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, keretanya telah berpusing dan hampir terjatuh dari jejambat.

Bagaimanapun dia dan pembantunya bernasib baik hanya mengalami luka serta lebam dan tidak mengalami kecederaan serius.

"Kereta saya berpusing dan hampir jatuh dari jejambat. Nasib baik tak ada apa-apa.

Kereta yang dipandu Ara hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan.

"Saya dan pembantu tidak mengalami kecederaan yang serius. Hanya luka di bibir dan lebam-lebam sahaja," ujarnya.

Ara masih belum membuat laporan polis memandangkan dia perlu membuat persembahan pada hari ini (Sabtu).

"Saya belum buat laporan polis lagi. Sebab sekarang saya masih ada persembahan yang perlu diteruskan.

"Insya-Allah hari ini juga saya akan pergi ke balai polis di USJ dan buat tuntutan insuran untuk kereta," katanya.

Ara Johari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain