suria

Selami Dunia Akim & The Majistret Di Singapura

Akim & The Majistret akan mengadakan konsert pertama mereka di Singapura pada Januari tahun depan.

KUMPULAN Akim & The Majistret bakal menampilkan sesuatu kelainan di konsert mereka yang akan diadakan buat pertama kali di Singapura.

Pemain gitarnya, Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Zahari, berkata mereka akan membuat peminat menyelami dunia kumpulan tersebut.

"Di konsert tersebut kami tidak ada gimik apa-apa pun. Tapi kami akan membuat sesuatu kelainan khas buat peminat di Singapura.

"Kami nak penonton terhibur dan selami dunia sebenar Akim & The Majistret," kata Zimi kepada mStar Online.

Akim & The Majistret dan pangasas Adi Media, Nur Dian Mohamad Rashid.

Keenam-enam ahli anggota kumpulan ini ditemui ketika sidang media konsert Akim & The Live in Singapore 2017 di restoran Suka Sucre, Taman pertama, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Konsert tersebut bakal berlangsung pada 26 Januari 2018 dan peminat yang hadir akan dihiburkan dengan 18 buah lagu.

Tiket bagi menyaksikan konsert ini dijual dari $48 (RM145) hingga $148 (RM452) dan boleh dibeli secara dalam talian di www.apactix.com.

Akim dan kumpulannya ingin mencuba nasib mengembangkan sayap mereka ke China.

Dalam pada itu, kumpulan yang popular dengan lagu Mewangi ini menyimpan hasrat untuk mengembangkan sayap ke negara China.

Menurut Akim, peluang untuk ke negara tersebut dilihat apabila mereka mempunyai ramai peminat yang berbangsa Cina.

"Kami ada menyimpan hasrat dan impian untuk mengembangkan lagi sayap Akim & The Majistret ke China.

"Memandangkan ramai juga peminat berbangsa Cina yang suka mendengar lagu-lagu kami. Jadi, nampak peluang dekat situ.

"Kebetulan saya pernah menyanyikan lagu cover Mandarin dan ramai yang menyukainya. Insya-Allah kalau ada rezeki kami akan cuba nasib," kata Akim.

Akim Ahmad, Akim & The Majistret

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain