suria

“Baby Pus” – Panggilan Istimewa Emma Maembong Buat Alvin Chong

Persahabatan mereka terjalin sejak bekerjasama dalam drama Awak Suka Saya Tak. Foto Instagram: @alvinchong123 @emmamaebong.

SEMPENA ulang tahun kelahiran pelakon Alvin Chong pada 23 Januari lalu, pelakon Emma Maembong memberi ucapan istimewa menerusi laman Instagramnya.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 26, berkata biarpun masing-masing sibuk dengan kerja dan tidak dapat berhubung namun apabila bertemu mereka gunakan waktu itu dengan baik.

"Anda tahu seseorang yang istimewa kepada anda apabila anda tidak bercakap sejenak kerana keadaan menjadi sibuk tetapi apabila anda berdua akhirnya melakukannya seperti anda tidak mahu lepaskan.

"Anda bercakap seperti tidak ada jurang di antara dan anda ketawa sehingga kedua-dua perut anda sakit. Ia adalah hubungan yang jarang, istimewa dan secara peribadi, saya fikir ia sesuatu keajaiban tulin.

"Sekiranya anda mendapati seseorang seperti ini dalam hidup, jangan biarkan mereka pergi.

Video dan ucapan istimewa Emma buat Alvin.

Emma memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran Alvin yang ke 26 tahun dengan kapsyen tersebut di laman sosialnya pada Selasa lalu dan ia mendapat perhatian peminatnya.

Dalam pada itu, Emma turut mendoakan persahabatan mereka akan kekal selama-lamanya dan mengucapkan terima kasih selain menggelar Alvin sebagai Baby Pus.

Malah, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu juga menerima hadiah biarpun bukan sambutan untuk hari lahirnya.

"Semoga persahabatan kami selamanya @alvingchong123. Sebelum itu, terima kasih baby pus.

"Hari lahir awak, saya pula yang dapat hadiah," kata Emma.

Hubungan persahabatan Emma dan Alvin mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Awak Suka Saya Tak yang bersiaran pada tahun lalu.

Rata-rata peminat suka melihat keserasian pasangan gandingan itu, malah ada juga yang mahu mereka menjadi kekasih dalam dunia nyata.

Sebelum ini, menerusi laporan mStar Online pada 25 Oktober tahun lalu Emma mendedahkan hubungannya dengan Kamal Adli sudah putus disebabkan salah faham antara mereka dan Zahirah MacWilson.

Bagaimanapun, hubungan Emma dan Kamal dilihat kembali baik selepas beberapa hari kontroversi percintaan mereka menjadi bualan hangat dan dia menganggap pelakon lelaki itu sebagai kawan paling rapat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain