suria

Lima Bulan Kenal, Atikah & Awi Rancang Nikah Mac Tahun Depan

PETALING JAYA: Hubungan yang terjalin kira-kira lima bulan lalu meyakinkan penyanyi berasal dari Singapura iaitu Awi Rafael mengikat tali pertunangan dengan pelakon dari negara yang sama Atikah Suhaime.

Menurut Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 25 berkata, keserasian yang terjalin membuatkan mereka merancang untuk melangkah ke fasa baharu dan merancang untuk bernikah pada 15 Mac tahun depan.

"Kami berkenalan kira-kira lima bulan lalu dan keserasian membuatkan kami mengambil keputusan untuk bertunang. Awi telah berbincang dengan kedua ibu bapa untuk meminang saya.

"Insyallah kami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac depan bersamaan dengan tarikh lahir Atikah," ujarnya.

Pasangan tersebut melangsungkan pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay Singapura pada petang Sabtu.

Majlis tersebut hanya di hadiri oleh keluarga terdekat serta kenalan mereka di sana.

Sebelum itu, Atikah menerusi Instagramnya memuat naik video detik cincin pertunangan disarungkan dijarinya.

"Yes Auntie, I said yes to the proposal. Officially engaged to Awi Rafael. Warm thank you to all who made the event smooth," tulisnya.

Atikah anggun mengayakan dua gaun berwarna biru dan coklat cair rekaan Nadia Marni. Manakala penyanyi lagu Aku Jatuh Cinta kacak mengayakan sut hitam ketika bergambar bersama-sama.

Atikah Suhaime, Awie Rafael

Artikel Lain