suria

Iesya Toh Hamil Tujuh Bulan, Bakal Timang Bayi Perempuan

Iesya bersama suami dan anak sulungnya bakal terima kehadiran orang baharu. Foto Instagram: @iesya_toh.

PENGACARA RTM Iesya Toh mendedahkan dia kini sedang hamil kira-kira tujuh bulan dan bakal mendapat cahaya mata perempuan pada Mei depan.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 35, membuat pengumumkan berita gembira itu menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

Dia mengambil keputusan untuk merahsiakan seperti kehamilan pertama dan hanya keluarga serta rakan terdekat saja mengetahui.

ARTIKEL BERKAITAN: Iesya Toh Ikut Petua Melayu, Perlu Rahsiakan Kehamilan

"Bismillah. Assalamualaikum sayang, hari ni awak dah 7 bulan lebih. Tak ramai tahu awak ada.

"Hanya keluarga dan rakan terdekat saja. Macam abang awak juga @harraz_daiyan," kata Iesya Toh.

Iesya dedah bakal timang anak perempuan.

Menerusi kapsyen foto yang dimuat naiknya itu, Iesya memberitahu dia kerap menangis dalam tempoh sebulan kebelakangan ini kerana masih lagi bersedih dengan kehilangan bapanya.

Tambahnya, dia terlalu merindui Allahyarham bapanya yang meninggal dunia pada Februari lalu di Madinah.

"Sayang, mummy minta maaf sebab sebulan ni mummy selalu menangis. Kita happy family sayang. Abi baik, abang awak pun good boy. Babah, uwan, atok semua baik.

"Mummy sedih sebab rindu arwah tok Abah. Masa abi tahu tok Abah dah tak ada, abi susah nak sampaikan kat mummy.

"Sebab risaukan keadaan sayang. Sungguh, mummy terus tak tidur, tak makan. Mummy tak tentu arah, mummy lupa mummy ada 'tanggungjawab' ini," ujarnya.


Iesya rindukan arwah bapanya.

Dalam pada itu, Iesya memberitahu bapanya turut tidak sabar nak menyambut kelahiran bayi keduanya dan ingin menjaganya ketika berpantang.

"Tok abah tak sabar nak jumpa awak tapi mummy percaya tok abah tengok awak dari situ. Orang kata jangan sedih-sedih waktu mengandung.

"Tapi betul, tak sekuat itu. Abah cakap nak jaga waktu saya berpantang nanti. Abah orang siam.

"Abah memang banyak tahu hal pantang ini. Sekarang ini dah tak ada mood pun apa-apa," katanya.

Arwah bapanya, Sanny Toh Abdullah, 65, meninggal dunia di Madinah selepas rebah ketika menuju ke Makkah untuk melakukan ibadah umrah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di sana.

Iesya dan suami yang juga seorang ahli perniagaan, Huzairee Muhamad, 36, berkahwin pada 29 Mei 2015.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Harraz Daiyan secara normal pada 19 November 2016.

Iesya Toh

Artikel Lain