suria

Elite dah terima undangan sehingga tahun depan

Elite lebih dikenali selepas sertai GV5. FOTO ? @azmwhb

KUMPULAN Elite reda dan menjangkakan keputusan penyingkiran mereka pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 5 (GV5) yang berlangsung pada malam Ahad.

Ahlinya, Linda Rafar berkata, penyingkiran tersebut tidak bermakna rezeki mereka sudah terhenti, sebaliknya baharu sahaja bermula.

"Kami sudah bersiap sedia dengan segala keputusan, jika tidak terkeluar pada minggu ini mungkin minggu depan.

"Tapi bagi kami jika gagal dalam GV5 tidak bermakna rezeki kami tiada. Malah, banyak persembahan yang sudah kami terima sehingga tahun depan,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Teknikal 'maut'... Elite tersingkir Gegar Vaganza 5


Kumpulan yang turut dianggotai oleh Azza dan Sasha Saidin ini ditemui selepas konsert minggu ketiga GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam Ahad.

Dalam pada itu, Linda berkata, sepanjang tiga minggu dalam pertandingan itu mereka menerima banyak pengalaman berharga.

"Ini merupakan kali pertama Elite menyertai pertandingan nyanyian seperti ini. Tekanannya sudah tentu berbeza terutama bila kami sudah berbelas tahun tidak menyanyi.

"Kami sudah buat yang terbaik dan kami menghargai peluang yang diberikan kepada kami untuk berada semula dalam industri,” ujarnya.

Selain itu, tambah Linda, mereka juga sudah kembali dikenali terutama apabila berada di luar.

"Kesan GV5 ini memang kuat kerana ramai yang menegur dan memberi sokongan kepada kami terutama ketika di luar,” ujarnya.

/p>
Elite, Gegar Vaganza 5

Artikel Lain