suria

Cabaran Mia Ahmad di tengah malam kerana Sayf Issa

Mia turut mewujudkan laman Instagram anaknya bernama Sayf.issa.

PELAKON Mia Ahmad memberitahu antara cabaran selepas melahirkan cahaya mata pertamanya, Sayf Issa ialah dia perlu berjaga tengah malam.

Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 30, berkata dia sukar untuk tidur disebabkan anaknya kerap bangun pada waktu itu.

"Banyak sebenarnya cabaran baharu selepas melahirkan anak ini. Tapi antaranya saya susah nak tidur malam.

ARTIKEL BERKAITAN: “It's a boy!” - Mia Ahmad selamat bersalin anak sulung


Mia dan suami memilih nama anak mereka.

"Sebab anak saya kerap jugalah terjaga di waktu itu. Bagaimanapun, bagi saya ia sesuatu yang baru dan seronok walaupun tak cukup tidur," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Mia selamat melahirkan bayi lelaki pukul 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada 28 September lalu.

Menurut Mia, dia dan suaminya yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Ahmad Izham Tarmizi yang memilih nama anak mereka.

Kata pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Mr. Boss, Miss Stalker ini nama anaknya itu bermaksud senjata Nabi Isa.

Foto comel Sayf Issa.

"Saya dan suami yang memilih nama Sayf Issa untuk anak sulung kami. Nama itu kami pilih sebab maksudnya senjata Nabi Isa," ujarnya.

Mia dan Izham Tarmizi, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Dalam pada itu, Mia mengakui ada berasa rindu untuk masuk ke set penggambaran namun belum memikirkan perancangan karier lakonannya selepas ini.

"Memang saya rindu sangat nak masuk set dan berlakon semula. Sebab dah lama sangat tak berlakon sejak selepas disahkan hamil.

"Tapi buat masa sekarang, saya belum ada sebarang perancangan karier seni. Tengoklah keadaan macam mana nanti mengizinkan ke atau tidak," katanya.

Mia Ahmad, Izham Tarmizi

Artikel Lain