suria

“Baju pasar malam pun saya pakai” - Dottie kongsi tip cari baju cantik untuk saiz besar

Peminat suka melihat penampilan dan fseyen Dottie biarpun berbadan besar.

NAMA pelakon Dottie kembali menjadi perhatian peminat yang suka melihat penampilannya walaupun berbadan besar semenjak muncul dalam muzik video penyanyi Hael berjudul Hajat.

Terbaru Dottie atau Nor Syuhaida Abd Razak, 30, memuat naik status di laman Instastory menerima pertanyaan daripada pengikutnya mengenai baju yang digayakan.

Menurut Dottie, untuk mencari baju cantik dan muat untuk dirinya yang berbadan montel itu perlu ada kerajinan serta usaha yang gigih.

ARTIKEL BERKAITAN: “Belajar untuk terima dan sayang diri sendiri dulu” - Dottie


Dottie beri tips membeli baju untuk orang berbadan besar.

"Ramai orang tanya di mana saya beli baju. Nak baju cantik dan muat untuk saya montel ini kena gigih dan rajin.

"Tak ada butik tertentu yang jual, banyaknya saya gabung dan padankan. Kena rajin pusing pusat membeli-belah keluar masuk kedai," katanya.

Dalam pada itu, Dottie memberitahu ada butik yang tidak menjual saiz yang besar namun ada pakaian yang sesuai untuknya.

Malah, pelakon drama bersiri Si Montel ini juga tidak kisah dan pakai sahaja baju yang dibeli di pasar malam.

Dottie sentiasa tampil berkeyakinan dalam berfesyen.

"Ada butik yang bukan jual saiz besar pun ada saiz montel sebab ada baju fesyen yang terlalu besar kan.

"Baju pasar malam pun saya pakai saja. Kata kuncinya, GIGIH!" ujarnya.

Biarpun mempunyai berat 90kilogram dengan ketinggian 159 sentimeter, Dottie pernah berkata ia tidak pernah menghalangnya untuk tampil berkeyakinan dan berfesyen.

Tidak mempunyai sebarang teknik atau tips tertentu dalam menggayakan sesuatu pakaian, Dottie sebaliknya berkata, fesyen adalah tentang membuat seseorang itu berasa selesa dan cantik.

Dottie

Artikel Lain