suria

Berlakon adegan mesra? Amyra tak perlu jelaskan… peminat bukan faham!

Amyra Rosli masih tahu batas-batasnya sebagai isteri. - Foto: LOW LAY PHON

PELAKON Amyra Rosli memberitahu adegan romantik dalam drama terbaharu laknannya bersama Fendy Bakry berjudul Kan Ku Kejar Cinta Kamu tidak menampilkan adegan keterlaluan. 

Amyra berkata, kebanyakkan adegan mesra di atas katil atau dalam bilik air hanya menggunakan teknik kemera atau bantuan kru produksi. 

“Drama ini mengikut novel asal memang banyak berlakon dalam bilik dan beraksi romantik sahaja sebagai suami-isteri.

“Saya mintak kelonggaran daripada pengarah iaitu Yusry untuk tidak melakukan babak-babak itu,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sabar nak tambah baby…” - Amyra Rosli

Drama bersiri itu ditayangkan pada slot Megadrama pukul 10 malam di Astro Ria.

Amyra ditemui pada majlis pelancaran produk Fiber Shot by Amyra Rosli di Hotel Ibis, Jumaat.

Dalam pada itu Amyra berkata, dia tidak mengambil peduli kecaman netizen terhadap adegan yang disangkakan mereka sebagai lakonan sebenar.

“Saya selalu minta izin dan beritahu Amar (suami) ada adegan itu atau ini (mesra) dan suami saya faham. Tapi saya sendiri letak batasan yang boleh atau tidak.

“Kalau adegan atas katil yang nampak kaki atau dalam bilik air nampak tangan selalunya kru yang lakonkan.

“Peminat sudah tentu bising apabila tengok adegan sebegitu tapi saya tidak perlu jelaskan kepada mereka kerana mereka tidak akan faham pun apa yang berlaku di luar skrin,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang produk keluaran pertama dan menceburi bidang perniagaan, Amyra berkata, ia adalah persediaan untuk masa depannya.

Katanya, dia menyedari kehidupan sebagai artis yang ada turun naik seterusnya memerlukan dia bersedia mencari pendapatan lain.

“Produk kesihatan adalah paling sesuai dengan saya kerana saya sendiri menggunakannya.

“Fiber Shot ini bukan sahaja mempunyai banyak khasiat malah mampu menurunkan berat badan,” ujarnya.

Amyra Rosli

Artikel Lain