suria

“Saya sedia terima kecaman tapi jangan sentuh keluarga” - Syifa Melvin

Syifa Melvin.

PELAKON baharu Syifa Melvin berkata dia sudah bersedia untuk menerima kecaman ketika membuat keputusan untuk melangkah ke dunia hiburan.

Bagaimanapun, adik kepada aktres Syatilla Melvin ini berkata, sebagai manusia dia juga mempunyai batas dan tahap kesabaran tersendiri.

"Saya bersedia apabila masuk dalam bidang ini, sebagai selebriti Instagram selama beberapa tahun ini juga sudah mendedahkan saya dengan kecaman.

"Sebelum ini paling teruk saya dikecam kerana cara berpakaian, tidak mengikut cara muslimah atau ada yang ternampak rambut. Saya terima itu semua kerana bagi saya ia adalah kesilapan sendiri," ujarnya kepada mStar Online.


Syifa ikut jejak langkah kakaknya Syatilla Melvin. 

Syifa mula melibatkan diri dalam bidang lakonan menerusi drama Sunslik #Siscuba di TV3.

Namun, kata Syifa, dia tidak boleh menerima kata-kata kesat yang menyentuh tentang keluarganya.

Perkara negatif seperti itu membuatkan dia mudah melenting dan marah terutama daripada orang luar yang tidak tahu tentang apa yang berlaku.

"Saya tak boleh terima kalau kecaman terhadap keluarga saya, orang kutuk fasal kakak saya atau menganggap ibu saya jual anak bila kakak saya berkahwin dengan datuk," ujarnya.

Selain Syatilla, Syifa turut mempunyai seorang kakak iaitu Datin Seri Siti Nur Syafiqa yang berkahwin dengan ahli politik Pulau Pinang iaitu Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Othman.

SyifaMelvin, Syatilla Melvin

Artikel Lain