suria

Jangan telefon, hantar mesej sehingga 16 Mac... Sikap Nabila luar jangkaan

Nabila Huda memberi fokus kepada latihan untuk pementasan teater muzikal Ola Bola The Musical yang bermula pada 18 Febuari ini.

NAMPAKNYA pelakon Nabila Huda tidak ambil mudah dengan peranannya menerusi teater muzikal Ola Bola The Musical yang bakal dipentaskan bermula 18 Februari ini di Istana Budaya.

Mana tidaknya, Nabila memberitahu sehingga teater itu selesai dipentaskan pada 16 Mac depan dia tidak akan melayan sebarang panggilan telefon atau mesej menerusi Whatsapp tidak penting kerana ingin memberi fokus sepenuhnya kepada Ola Bola The Musical.

Jelasnya, sudah menjadi tabiatnya sejak dahulu lagi apabila terlibat dalam sebuah projek besar dan memerlukan tumpuan tinggi dia tidak akan mempedulikan tentang perkara lain.

"Untuk dua bulan ini, jangan Whatsapp, telefon atau nak tanya tarikh termasuk ajak pergi program atau apa-apalah okay.

Nabila juga sedang giat berdiet.

"Saya tidak berminat. Memang menjadi tabiat saya kalau tengah kerja atau fokus terhadap sesuatu saya tidak akan menjawab panggilan, telefon pun dalam mod senyap, Whatsapp pun saya balas ikut mood sebab tengah bagi tumpuan sepenuhnya untuk Ola Bola The Musical sampai Mac.

Kecuali kalau saya tengah bosan dan cuba untuk tahan kemarahan sebab tak makan, saya akan tengok telefon," katanya.

Menerusi teater araha Puan Sri Tiara Jacquelina itu, Nabila memegang watak sebagai Dumilah.

Selain Nabila, teater muzikal arahan Puan Sri Tiara Jacquelina itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Tony Eusoff, Hafeez Mikail, Iedil Puta Alauddin, Brian Chan, Abimanyu Masilamani, Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Melissa Ong, Douglas Lim dan Altimet.

Nabila bersama penerbit Ola Bola The Musical Puan Sri Tiara Jacquelina (dua dari kiri), Tony Eusoff dan Hafeez Mikail.

Dalam pada itu, Nabila turut mengakui sikapnya ketika ini turut berada di luar jangkaan bukan sahaja kerana sibuk dengan latihan teater tetapi sedang giat berdiet.

Akibat daripada itu katanya, emosinya mudah berubah dan cepat marah kerana sentiasa berasa lapar.

"Sikap saya sekarang sangat di luar jangkaan. Lagi pula tengah diet start lunch, dinner, supper saya tak makan langsung. Memang mudah marah la kan.

Apa ntah lagi nak balas mesej atau jumpa orang nak bersosial. Kalau sendiri nak jumpa tu kira tengah in the mood la nak membebel. Hihi," ujarnya.

Artikel Lain