suria

Kurang oksigen punca DJ Lin nyaris pengsan di bilik air

Rakan-rakan penyampai radio Suria FM datang melawat DJ Lin.

DUA tahun lalu penyampai radio Suria iaitu DJ Lin pernah dimasukkan hospital gara-gara dia memaksa dirinya untuk bekerja sehingga tidak mendapat rehat yang cukup.

DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, 42, sekali lagi ditahan wad sejak Selasa lalu selepas hampir pangsan di bilik air pejabatnya disebabkan terlalu kuat bekerja.

Menurut Pengurus Program Suria ini, dia mula berasa badannya tidak beberapa sihat sejak Ahad lalu namun beranggapan ia perkara biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Badan Lemah, Rasa Nak Tumbang” – DJ Lin


DJ Lin ditahan wad sejak Selasa lalu.

"Sebenarnya Ahad lalu saya dah rasa tak sedap badan dan pagi hari Isnin ada pergi Klinik. Ingatkan tak apa yang serius, jadi saya teruskan bekerja macam biasa.

"Kebetulan pula saya sibuk menguruskan perancangan untuk kajian ukuran pendengar radio yang akan diadakan pada 7 Mac depan. Banyak mesyuarat perlu dihadiri.

"Hari Selasa petang tu saya habis mesyuarat, badan dah mula rasa lemah dan ketika saya pergi bilik air, tiba-tiba rasa macam mara  gelap dan nasib sempat berpaut pada dinding.

"Bila dah jadi macam tu, saya terus ke hospital dan doktor terpaksa tahan saya di wad sebab badan tak cukup oksigen," katanya kepada mstar Online.

DJ Lin masih menerima rawatan di KPJ Tawakkal Specialist Hospital, Kuala Lumpur dan perlu berehat sehingga Ahad.

DJ Lin perlu menguruskan perancangan untuk kajian radio. 

Dalam pada itu, DJ Lin memberitahu dia sudah biasa menguruskan semua kerja kerana beranggapan ia merupakan tanggungjawabnya.

"Saya memang dah terbiasa uruskan semua kerja. Lebih puas hati kalau kita sendiri yang melakukannya. Lagipun, saya sudah diberi tanggungjawab untuk mengendali program Suria.

"Saya tak boleh buat sambil lewa dan kena buat betul-betul biar sampai rasa puas. Alhamdulillah sebelum ini Suria FM mendapat tempat tertinggi dalam kajian radio itu.

"Jadi, untuk tahun ini saya nak pastikan tinjaun itu terus meningkat. Melihat peningkatan tinjuan tu membuatkan saya rasa penat itu berbaloi," ujarnya.

DJ Lin

Artikel Lain