PENYANYI popular era 1980-an, Zaiton Sameon mendedahkan dia pernah didekati lelaki berpangkat Datuk yang menyatakan hasrat ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Zaiton, 62, bagaimanapun berkata dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan serius dengan lelaki tersebut dan lebih selesa hidup bersendirian tanpa suami.\ "Sejujurnya ramai yang cuba tackle (pikat) saya termasuklah ada seorang lelaki berpangkat Datuk tapi saya tak tertarik kerana serik berhubungan dengan lelaki kenamaan. ARTIKEL BERKAITAN: Zaiton Sameon Masih Dapat Tawaran Pada Usia 60 Tahun ARTIKEL BERKAITAN: Zaiton Sameon Berharap Allah Pulihkan Ingatannya Dalam Umrah Kali Ini Zaiton mula berkecimpung dalam perniagaan makanan. "Bayangkan selama 37 tahun saya menjanda membuatkan saya lebih selesa begini namun jika sudah tertulis ada jodoh saya reda dan tak menolak. "Kalau ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahukan seorang lelaki yang boleh membimbing dan menjalani kehidupan ini dengan penuh bahagia," katanya kepada mStar Online. Penyanyi lagu Menaruh Harapan ini ditemui semasa Majlis Perasmian Al Waqar Travel Sdn. Bhd yang diadakan di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor pada Ahad lalu. Dalam program tersebut, pelawak Azlee daripada kumpulan Senario dilantik menjadi ikon kepada agensi pengurusan umrah tersebut. Untuk rekod, penyanyi ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun berakhir dengan perceraian Dia juga mempunyai seorang anak lelaki namun meninggal dunia selepas dia dan anaknya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya tidak lama dulu. Rendang Dapur Zaiton Sameon merupakan produk terbaharu jualan Zaiton. Sementara itu, Zaiton menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia menjalankan perniagaan makanan iaitu Rendang Dapor Zaiton Sameon kerana tiada tawaran nyanyian. Menurut Zaiton, dia masih aktif menerima undangan persembahan dan perniagaan itu hanyalah sekadar kerjaya sampingan. "Saya sedar ada mulut-mulut yang kata saya meniaga sebab tak ada show padahal ada saja tawaran dan nyanyian masih keutamaan saya, manakala perniagaan pula sebagai side income. "Alhamdulillah, rezeki dimurahkan apabila ada yang tawarkan undangan nyanyian dan dalam masa sama memberi peluang berniaga dengan menyediakan booth jualan," katanya.