PASANGAN selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Ahad meluahkan perasaan mereka di laman Instagram. Atikah memberitahu majlis tersebut boleh menjadi perkahwinan yang indah dengan hiasan serta rekaan yang dipilih oleh perancang majlis, Little Rizqculla dan ibunya. Bagaimanapun, Atikah menganggap dia boleh melihat suasana majlisnya hanya dalam mimpi dan kemudian bangun dalam keadaan bersedih. ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Awi… tapi saya batalkan demi kebaikan anak saya” - Bapa Atikah ARTIKEL BERKAITAN: “Niat dihati untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu” - Awi Rafael batal nikah Atikah Suhaime Ahad ini ARTIKEL BERKAITAN: Atikah masih sayang... Jangan terus hentam Awi Rafael Status yang dimuat naik Awi dan Atikah. "Ia sepatutnya boleh menjadi perkahwinan yang indah pada hari ini. Hiasan dan rekaan yang dipilih oleh @littlerizqculla dan mama saya. "Tapi saya hanya boleh lihat ini dalam mimpi saya, berjalan sendirian ke pelamin putih dengan lampu dari pelamin 10 meter dan kemudian bangun dengan air mata," katanya menerusi Instastory. Atikah dan Awi mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan tiga hari sebelum majlis berlangsung iaitu pada hari ini. Manakala menerusi Instagram Awi, dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang menghadiahkan tempat untuk berehat dan mengenangkan fikirannya. Menurut Awi, dia akan terus berusaha kuat untuk membanggakan ibunya dan mencuba lagi untuk membina keluarga di masa hadapan. Insya-Allah kalau ada rezeki, Awi akan cuba lagi membina keluarga untuk masa depan Awi. Awi Rafael Penyanyi "Terima kasih Ibu, hadiahkan Awi tempat rehat untuk tenangkan fikiran. Tak sangka ibu dah simpan duit, khas untuk hadiah ini. Awak tahu saya sudah cuba yang terbaik ma. "Awi akan usaha lagi kuat untuk tetap banggakan you. Doa dan restu ibnu nombor #1 untuk seorang anak lelaki. "Insya-Allah kalau ada rezeki, Awi akan cuba lagi membina keluarga untuk masa depan Awi. Saya janji pada awak ma," kata Awi. Dalam pada itu, Awi dan Atikah turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan doa buat mereka berdua. Kata Awi, mereka akan sentiasa positif dan cuba untuk teruskan hidup dengan pengajaran yang dapat sepanjang tahun lalu. Awi dan Atikah bertunang pada 17 Mac tahun lalu. "Awi dan juga @therealatikahsuhaime mengucapkan terima kasih kepada semua kerana beri sokongan dan doa kepada kami berdua. "Kami akan sentiasa positif dan cuba teruskan hidup, dengan pengajaran yang kami berdua telah miliki sepanjang tahun lalu. Tanggungjawab sekarang harus ke keluarga masing-masing. "Insya-Allah semua akan faham. Buat yang terbaik ok Atikah. Kami cuba yang terbaik yang mampu. Allah lebih mengetahui. Amin," ujarnya. Sebelum ini, Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di kediaman wanita itu di Singapura.