suria

Zamani cari anak tahfiz untuk bawa bersama tunai umrah November depan

Zamani bakal menunaikan umrah pada November depan bersama pengurusnya.

PENYANYI Zamani memberitahu dia bakal menunaikan umrah pada bulan November depan bersama pengurusnya Aalan Ahmad dengan mendapat tajaan.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 48, berkata dia ingin mencari seorang pelajar tahfiz untuk ditaja dan dibawa bersamanya.

"Insya-Allah kalau diizinkan Allah, saya akan menunaikan umrah pada November depan. Memang dah simpan niat dah lama tapi rezeki datang bersama tajaan.

"Saya akan tunai umrah bersama pengurus saya iaitu Aalan. Insya-Allah saya ada niat nak mencari seorang anak tahfiz untuk bawa bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Aduh’ cinta Zamani tidak kesampaian


Zamani ingin membawa seorang anak tahfiz bersamanya menunaikan umrah.

"Untuk bahagian saya pula akan menaja umrah dia sepenuhnya. Tapi buat masa sekarang ini masih dalam perbincangan," katanya kepada mStar Online.

Zamani ditemui ketika Majlis Apresiasi Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zamani memohon tiada lagi mana-mana pihak mengaitkan lagu terbaharunya iaitu Aduh dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kata Zamani, lagu ciptaan bersamaa penyanyi Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan karim karam itu sememanya ada kena mengena dengan kisah kehidupan peribadinya namun ia secara general.

Zamani minta mana-mana pihak henti kaitkan lagu terbaharunya dengan Siti Nurhaliza.

"Saya telah berulang kali memberi penjelasan berhubung perkara ini. Saya berpendapat tidak sopan untuk terus memberi komen mengenai isu ini.

"Dia (Siti Nurhaliza) telah bergelar isteri dan ibu. Saya khuatir orang di luar sana berpendapat saya enggan meneruskan kehidupan. Saya sudah 'move on'.

"Ya, Aduh adalah sebuah lagu mengenai patah hati. Ada juga pengalaman saya tapi ia dicipta secara general bukan ditujukan kepada sesiapa pun," ujarnya.

Lagu Aduh edaran Warner Music telah dilancarkan di YouTube telah mencatatkan satu juta tontonan dalam tempoh seminggu

Zamani

Artikel Lain