suria

Ibu tiri Nabila Huda lega sengketa berakhir... “Maaf kurang beri perhatian dan dengar masalah kamu”

Hubungan Nabila Huda bersama ibu tirinya kian pulih.

ISTERI kepada penyanyi rock terkenal Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau Nourish menganggap hubungan keruh yang melanda antara dia dan anak tirinya, Nabila Huda sebelum ini sebagai suatu ujian buat dirinya dan keluarga.

Malah Nourish berkata, hubungannya yang kian pulih bersama Nabila merupakan hadiah paling berharga yang diterimanya apabila doanya itu dimakbulkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berderai air mata... aku peluk dia kuat-kuat” - Amy Search kongsi detik indah bertemu Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup saya dah sempurna sekarang” - Erma Fatima tunaikan hajat Nabila Huda jumpa bapanya Amy Search

"@aku.amysearch Selepas 16 tahun, akhirnya untuk hadiah yang terindah. Terima Kasih untuk kejutan hari lahir ini, sangat bermakna buat saya.

"Doa yang terjawab. Aku reda dan ikhlas segala dugaan dan ujian buat kami.

"Alhamdulillah... terima kasih banyak untuk mereka yang tidak putus-putus mendoakan kami sekeluarga," tulisnya.

Antara catatan yang dimuatnaik Nourish di laman Instagram miliknya.

Nourish meluahkan rasa gembiranya itu menerusi laman sosial miliknya.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi lagu Isabella ini juga turut meluahkan rasa kesal apabila gagal memberi perhatian terhadap anak tirinya itu.

"Terima kasih kakakku, my superwomen @ermafatima tidak terbalas jasa kakak. We love you as always. Abil @kupu_kupu kami mohon maaf selama ini kami kurang beri perhatian dan mendengar masalah kamu.

"Terima kasih Bert kerana menjadi menantu yang baik dan banyak bersabar.

Nourish meraikan sambutan hari jadi bersama keluarga.

"Alhamdulillah semoga segala sengketa ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga. Semoga ini akan mematangkan kita semua untuk hari yang lebih baik. Aminnn. We love you too," katanya.

Terdahulu, hubungan dingin antara Nabila dan Amy Search serta Nourish berjaya dipulihkan apabila pelakon itu datang beraya ke rumah penyanyi rock itu di Denai Alam pada malam Khamis lalu.

Segala-galanya bermula selepas pengarah Erma Fatima yang bertindak menjadi orang tengah membantu agar hubungan anak-beranak itu kembali pulih.

Artikel Lain