suria

“Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan” - Erra Fazira reda hubungan cinta dengan Shahir berakhir

Hubungan cinta Erra dan Shahir berakhir Januari lalu.

PELAKON Erra Fazira mendedahkan hubungan dia dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi sudah berakhir sejak Januari lalu.

Menurut laporan Utusan Online, Erra memberitahu dia dan Shahir masih berhubung sebagai rakan biasa dan reda apa yang berlaku biarpun pernah mempunyai perancangan untuk berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Cakap nak meminang, tapi tiada… Erra Fazira tak pasti hubungannya dengan Shahir

"Kami dan 'move on' dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik dan kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

Erra reda tiada jodoh antara dia dan Shahir.

"Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” kata Erra.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, sebelum ini mengaku berkawan baik dengan Shahir sejak empat tahun lalu.

Penyanyi lagu Pasrah ini bagaimanapun enggan menjelaskan punca di sebalik perpisahan itu dan reda dengan aturan yang telah ditentukan Allah.

Erra dan Shahir masih berhubung sebagai rakan biasa.

Dalam pada itu, Erra mengakui dia tidak berasa sedih dengan apa yang berlaku pada hubungannya dan hanya menganggap jodoh antara mereka sudah tiada.

"Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

"Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh tiada," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Sembilu ini mengesahkan dirinya bakal menunaikan ibadah haji sekitar bulan ini.

Erra Fazira, Shahir

Artikel Lain