LUAHAN hati usahawan kosmetik, Joy Revfa mengenai sikap individu yang suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain mengundang simpati netizen. Joy atau nama sebenarnya Arifah Mohd Amin meluahkan rasa kecewa apabila individu yang dikenalinya menghilangkan diri selepas mendapat apa yang diinginkan. Ekoran itu, peminat menasihati Joy Revfa supaya tidak terlalu terdesak untuk memiliki pasangan dan mencari lelaki yang benar-benar ikhlas dalam perhubungan. ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa belum sedia dedah identiti kekasih, tak nak ‘pisang berbuah dua kali’ ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa beri bayangan dirisik lelaki misteri iras pelakon drama "Murah sangat bagi hati, itu padahnya. Jangan nampak sangat seolah-olah awak terdesak nak berpasangan, kerjaya ada rupa ada. Baik awak gembirakan anak dan keluarga. "Jadi ibu tunggal kena kuat! Tak ada lelaki boleh hidup apa, belum tiba masanya Allah nak bagi. Luahan Joy Revfa di Instagram menarik perhatian pengikut. "Kuatkan diri, jangan terlalu tunjuk rasa sayang dekat lelaki, nanti lelaki ambil kesempatan kena cari betul-betul, sebab ada yang datang hanya sekadar menguji," komen pengikut. Sebelum itu, Joy menerusi muat naik tersebut meluahkan rasa kecewa apabila ada kenalan mendampinginya hanya untuk mendapatkan sesuatu dan setelah impian itu tercapai individu berkenaan menghilangkan diri. Tak ada kena mengena dengan lelaki atau teman lelaki saya, ini ditujukan pada kawan-kawan yang suka ambil kesempatan! JOY REVFA USAHAWAN KOSMETIK Enggan membiarkan pengikut terus berteka-teki mengenai kapsyennya itu, Joy berkata mesej tersebut bukan ditujukan kepada teman lelaki. "Tak ada kena mengena dengan lelaki atau teman lelaki saya, ini ditujukan pada kawan-kawan yang suka ambil kesempatan. "Sedih dengan sikap kawan, lepas dapat... tup tup hilang dan lesap. Tak dapat Joy nak membalas apa-apa pada individu tersebut. Peminat buat spekulasi Fahmy Reza didakwa kekasih baharu Joy Revfa. "Semoga mereka diberi hidayah dari Allah SWT dan Allah adalah sebaik-baik pelindung," tulisnya. Terdahulu, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu mengakui sedang mengenali hati budi seseorang lelaki namun belum bersedia mendedahkan identiti jejaka tersebut. Bagaimanapun, peminat mendakwa lelaki berkenaan merupakan pelakon baharu yang pernah membintangi beberapa drama seperti Split, Makmum Yang Paling Aku Cinta dan Kerna Syurga Bukan Percuma iaitu Fahmy Reza. Aktor berusia 29 tahun itu turut mengakui sedang menyelami hati budi Joy, namun enggan terlalu terbuka berkongsi mengenai kisah peribadi.