suria

Naim Daniel tak malu muka berjerawat, sedar diri tak kacak - “Masalah hormon itu adalah perkara biasa”

Naim Daniel mengaku memiliki rupa paras biasa berbanding selebriti lelaki lain yang jauh lebih kacak daripadanya.

SEAKAN sudah menjadi lumrah dalam industri hiburan tempatan, paras rupa yang tampan dan cantik sering menjadi kayu ukur sebelum seseorang itu memasuki dunia penuh glamor.

Namun penyanyi Naim Daniel, 22, berjaya menepis padangan skeptikal itu dengan membuktikan bahawa jejaka yang mempunyai masalah kulit wajah sepertinya juga mampu berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel takut kalah dalam Big Stage? - “Lebih baik saya beri laluan kepada orang lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih nafi cinta tidak direstu keluarga dalam lagu ‘Sumpah’, Naim Daniel mohon maaf pada ibu Dayana

"Daripada umur saya lapan tahun sampai sekarang saya masih dalam industri... jadi kalau nak cakap soal rupa, saya akui saya jauh untuk dibandingkan dengan mereka yang lebih kacak.

"Tapi saya percaya dengan rezeki Allah dan bagaimana saya membawa diri. Jerawat menjadi perkara paling akhir dalam fikiran saya.

Naim mengakui masalah jerawat tidak memberi kesan terhadap kerjaya seninya.

"Masalah jerawat bukan masalah besar untuk saya pun. Ia tak buat saya rasa malu pun," ujarnya kepada mStar.

Menurut penyanyi yang terkenal menerusi single Sumpah itu, dia percaya bakat yang dimilikinya mampu membawa dia melangkah jauh dalam industri seni tanah air.

"Saya hanya manusia dan bukannya robot... jadi masalah hormon itu adalah perkara biasa.

"Sebab apa? Yang dipertaruhkan dalam industri ini adalah kemampuan dan bakat saya.

Kalau nak cakap soal rupa, saya akui saya jauh untuk dibandingkan dengan mereka yang lebih kacak

NAIM DANIEL

Penyanyi

"Rupa dan sebagainya tu boleh letak belakang sahaja. Tapi saya tak tahu bagi orang lain macam mana," ujarnya lagi.

Pada Sabtu lalu, Naim ada memuat naik sebuah posting dengan kapsyen 'I'm not okay' di laman Instagram yang memperlihatkan sehelai tisu dengan kesan tompokan darah.

Rata-rata peminat menerusi ruangan komen menzahirkan rasa bimbang mengenai kesihatan penyanyi itu.

Tidak kurang juga, ada segelintir mereka yang membuat spekulasi bahawa ia merupakan darah akibat perbuatan Naim memicit jerawatnya.

Naim Daniel, jerawat

Artikel Lain