suria

“Syukur... pendarahan paru-paru dah tak ada” - Abby Abadi dibenarkan pulang, suami kongsi nama penuh 'Baby D'

Abby dan suami memohon agar peminat sentiasa mendoakan bayi mereka.

SUAMI kepada pelakon Abby Abadi, Faizal Zakaria meluahkan rasa syukur dengan kesihatan bayi mereka yang diberi nama Muhammad Danial Firman Faizal yang semakin positif.

Malah, Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jaiezzany, 45, turut berkongsi perkembangan terbaharu bahawa pendarahan pada paru-paru bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu sudah pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi selamat lahir bayi lelaki pramatang, berat hanya 535 gram

"Pagi tadi (Khamis) abah dan mama ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) hantar susu. Sempat berbual-bual dengan doktor, baby Danial ada peningkatan positif.

Suami Abby kongsi nama penuh bayi mereka.

"Pendarahan paru-paru pun dah tak ada. Syukur sangat-sangat. Allah Maha Mendengar semua doa mereka yang sayangkan baby Danial.

"Moga Baby terus sihat, terus kuat....ramai yang tak sabar nak jumpa Baby," kata Jaiezzany menerusi laman Instagramnya.

Faizal juga memberitahu Abby sudah dibenarkan pulang pada Rabu lalu dan kini sedang menjalani proses berpantang di rumah.

Pada Rabu lalu, Faizal memaklumkan bayi mereka dalam keadaan kritikal akibat mengalami pendarahan di bahagian paru-paru.

Gambar baby Danial? Tak boleh lagi sebab dalam NICU tak boleh ambil gambar. Insya-Allah ada kesempatan, saya kongsi ya.

ABBY ABADI

Pelakon

Dalam pada itu, menerusi Instagram Abby pada Jumaat memberitahu dia tidak dapat berkongsi lagi gambar Danial memandangkan bayinya masih dirawat di NICU.

Pelakon Gerak Khas ini turut meluahkan rasa lega apabila semua urusan surat kelahiran anaknya dipermudahkan.

"Gambar baby Danial? Tak boleh lagi sebab dalam NICU tak boleh ambil gambar. Insya-Allah ada kesempatan, saya kongsi ya.

"Mohon doa berterusan saja untuk baby danial kami. Semalam dah buat surat kelahiran, Mykid baby Danial kita. Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya," ujarnya.

Abby harap semua orang berterusan mendoakan keadaan bayinya.

Abby melahirkan bayi lelaki seberat 535 gram pada 27 September lalu ketika usia kandungannya enam bulan di Hospital Sungai Buloh, Selangor secara pembedahan.

Pada 2017, Abby pernah mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya lima bulan.

Abby dan Jaiezzany berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia yang dijaga sejak tahun lalu.

Dia juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.

Abby Abadi, Bayi pra-matang

Artikel Lain