suria

Nyanyian Hattan terhenti, air mata gugur terkenang arwah Adam

Hattan akui sukar merakam lagu 5 Oktober kerana terkenang arwah Adam.

PENYANYI Datuk Hattan, 54, tidak dapat menahan air mata daripada berguguran sewaktu menyampaikan lagu baharunya berjudul 5 Oktober  di majlis pelancaran single itu, pada Jumaat.

Lagu hasil karya Nazri dan nukilan luahan hati Bob Lokman terhadap kehilangan anak sulungnya Muhammad Adam itu menyentuh hati Hattan sehingga terpaksa menghentikan nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lagu tak sedap mana tapi dimainkan” - Hattan terkilan stesen radio pilih bulu, kecewa tiada lagi ruang berkarya

"Melodi dan lirik menyentuh hati, mana taknya daripada kecil saya dukung dia, hubungan kami sangat rapat dan pemergiannya sangat memberi kesan kepada saya.

"Sewaktu merakamkan lagu ini, sejujurnya banyak kali saya terhenti menyanyi. Sedih punya pasal," ujarnya kepada mStar Online.

Hattan hentikan nyanyian kerana terlalu sebak.

Penyanyi lagu Memburu Rindu ini ditemui ketika majlis pelancaran single 5 Oktober di Mutiara Damansara.

Allahyarham Adam meninggal dunia tahun lalu pada usia 25 tahun akibat ketumbuhan dalam otak.

Dalam pada itu, mengulas isu lambakan penyanyi baharu yang meraih populariti luar biasa, Hattan berkata, kualiti seseorang artis lebih bermakna berbanding populariti.

"Tak perlulah nak popular, dah lepas dah zaman-zaman tu. Sekarang pun masih popular.

"Ada apa dengan populariti, kalau popular boleh tukar jadi duit tak apa juga. Buat apa popular tapi takde kualiti.

"Biarlah populariti itu diraih kerana bakat bukannya jumlah peminat," ujarnya.


Hattan, Bob Lokman

Artikel Lain