suria

Penyanyi OKU Farra Umyra lalui ujian suara sebelum dapat lagu ciptaan Akim dan Stacy

Farra dedah Stacy dan Akim uji suaranya terlebih dahulu sebelum memberikan lagu hasil ciptaan mereka kepadanya.

PENYANYI baharu Farra Umyra mendedahkan bukan mudah untuk dia mendapatkan lagu hasil ciptaan pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy walaupun sudah mengenali satu sama lain.

Menurut Farra atau nama sebenarnya Farra Umyra Paruwis, 31, Akim dan Stacy melakukan ujian suara sebelum memberikan lagu yang sesuai untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami mana tak sakit hati, seolah-olah kita tak buat kerja” - Akim sedih Stacy jadi mangsa cemuhan netizen

"Saya memang berkawan dengan mereka tapi sebenarnya bukan senang Stacy dan Akim nak beri lagu pada orang. Mereka akan uji suara saya dahulu, layak atau tidak untuk nyanyi lagu mereka.

Farra tampil dengan single kedua berjudul Tetap Setia.

"Bukan mudah nak dapatkan keyakinan mereka dan saya cuba beberapa kali juga untuk pastikan sesuai atau tidak.

"Kalau rasa tak boleh, mereka minta ambil masa untuk belajar vokal kemudian baru boleh datang semula pada mereka," kata Farra kepada mStar.

Farra ditemui ketika sesi temu bual bersama media bagi mempromosikan single keduanya berjudul Tetap Setia ciptaan Stacy dan Akim di Plan B, Mid Valley Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Farra yang bernaung di bawah syarikat Rhythym & Rhyme Entertainment milik Akim dan Stacy, pernah menghasilkan single pertama berjudul Hancur Dalam Waktu.

Bukan mudah nak dapatkan keyakinan mereka dan saya cuba beberapa kali juga untuk pastikan sesuai atau tidak.

FARRA UMYRA

Penyanyi

Lagu itu mencecah 500,000 tontonan dalam tempoh sebulan selepas dimuat naik di YouTube pada Mei tahun lalu.

Dalam pada itu, Farra mendedahkan dia kini bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas mengalami kecederaan teruk dan terpaksa dibedah pada 2011.

Kata Farra, insiden itu berlaku di dalam bas apabila beg pakaian seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba jatuh ke atas bahunya.

"Kejadian ini berlaku sekitar 2011, saya baru saja naik bas tiba-tiba beg pakaian jatuh atas bahu saya. Beg itu milik seorang lelaki warga emas. Saya pun tak salahkan dia sebab benda nak jadikan.

Doktor mengesahkan Farra kini OKU akibat kecacatan kekal pada saraf.

"Akibatnya, bahu saya mengalami kecederaan teruk dan terpaksa dibedah. Selepas dibedah, doktor kemudian mengesahkan saraf pada bahu saya mengalami masalah.

"Lebih teruk lagi, masalah tersebut tidak boleh sembuh dan akhirnya doktor mengklasifikasikan sebagai kecacatan kekal," ujarnya.

Farra kini hanya mengantung pada ubat-ubatan untuk mengelakkan bahunya terasa kebas dan tidak dapat bergerak terutamanya ketika memandu.

Akim Ahmad, Stacy, Farra Umyra

Artikel Lain