suria

“Orang cakap setiap lagu bernyawa, benarkah?”- Baby Shima jatuh sakit hari lancar lagu ‘Sakit’

Baby Shima dimasukkan hospital pada Jumaat selepas mengalami masalah kesihatan.

PENYANYI Baby Shima memberitahu dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan pada Jumaat.

Shima, 25, berkata dia berasa hairan apabila dirinya jatuh sakit pada hari yang sama lagu terbaharunya berjudul Sakit dilancarkan di saluran Youtube.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima ambil tindakan terhadap remaja beri komen lucah - “Jangan pula bagi alasan bodoh selepas ini”

Bagaimanapun, bekas peserta Big Stage musim pertama ini enggan mempercayai judul single terbaharunya itu mempunyai kaitan dengan keadaan dirinya.

Baby Shima muat naik foto dia terlantar di hospital.

"Semua berlaku secara kebetulan tapi aneh bagi Shima. Baru hari ini keluarkan lagu berjudul Sakit di Youtube Nagaswara Official, Shima jatuh sakit juga pada hari ini.

"Orang cakap setiap lagu bernyawa? Benarkah? Tapi Shima tak percaya benda-benda macam itu. Mungkin sakit hanya kebetulan pada hari yang sama Shima jatuh sakiti," katanya.

Penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini turut memuat naik dua keping foto keadaan dirinya terlantar sakit di hospital.

Orang cakap setiap lagu bernyawa? Benarkah? Tapi Shima tak percaya benda-benda macam itu. 

BABY SHIMA

Penyanyi

Rata-rata peminat berpendapat Shima terlalu bekerja keras sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit dan mendoakan agar penyanyi itu cepat sembuh.

Dalam pada itu, Shima memohon maaf kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya untuk mempromosikan lagu tersebut namun berharap peminat terus menyokong.

"Doakan Shima cepat sembuh. Maaf hari ini Shima tak dapat promo lagu Sakit. Tolong sokong lagu itu," katanya.

Baby Shima

Artikel Lain