suria

Ismail Izzani jaga solat untuk elak perkara negatif - “Apa yang jadi sebelum ini kesilapan saya sendiri”

Ismail lebih terdorong melakukan perkara yang baik.

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu salah satu cara untuk dia mengelakkan diri daripada melakukan perkara negatif ialah dengan menjaga solat.

Ismail, 19, berkata, biarpun masih belum sempurna namun dia yakin solat mendorongnya menjadi seseorang yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani sedih dan tertekan dituduh bawa pengaruh buruk kepada rakan sebaya

"Nafsu nak buat jahat memang susah kita nak kawal tapi kita kena pandai bahagikan masa dengan benda-benda yang positif.

Ismail sentiasa akan cuba untuk tunaikan solat.

"Salah satu cara, jangan tinggalkan solat walaupun banyak dugaan tapi saya tetap akan cuba jaga solat.

"Bagi saya, kita kena sentiasa ingat Allah sebab dia ingat kita. Mak saya selalu pesan, ingat solat, bila kita solat mendorong kita buat benda baik.

"Tidak membawa kita ke arah yang negatif dan malah tidak terasa pun nak buat benda-benda jahat," kata Ismail kepada mStar.

Mak saya selalu pesan, bila kita solat mendorong kita buat benda baik.

ISMAIL IZZANI

Penyanyi

Sebelum ini, penyanyi lagu Bidadari ini pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi negatif yang memberi persepsi buruk terhadap dirinya.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu dia banyak belajar daripada kesilapan terdahulu dan masih dalam proses memperbaiki dirinya.

Ismail mahu perbaiki diri.

"Kesilapan itu boleh datang dari mana-mana, kita tengah berdiri pun boleh buat silap. Bagi saya, apa yang jadi sebelum ini adalah keputusan saya sendiri.

"Itulah kesilapan saya. Sekarang ini masih dalam proses belajar macam mana nak buat keputusan yang betul untuk diri sendiri.

"Bukan nak cakap saya berfikir seperti orang dewasa tapi apa yang saya fikir sekarang untuk kebaikan masa depan saya, keluarga dan peminat," ujarnya.

Ismail Izzani

Artikel Lain