PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak menghormati privasi artis sebagai manusia biasa. Fazley berkata, dia melalui kejadian memalukan apabila terdapat sebuah keluarga yang mengambil gambarnya dan anak-anak secara sembunyi-sembunyi sambil berteriak tentang kewujudan 'artis' kepada ahli keluarga lain. ARTIKEL BERKAITAN: “Perjalanan 13 jam, tandas pula tutup” - Isteri Fazley Yaakob lepas 'hajat' dalam semak ARTIKEL BERKAITAN: Fazley buat kejutan untuk ‘rider’ Grabfood - “Dia hanya nak selfie tapi saya datang bawa kek” Bagaimanapun, Fazley berkata, dia cuba menegur keluarga berkenaan untuk mengambil gambar secara selfie selepas berasa tidak selesa dengan situasi berkenaan. Fazley berkongsi rasa kesal melalui muat naik di Instagram. "Saya sedang duduk di tepi pantai teman anak-anak berenang. Tiba-tiba ada satu keluarga datang depan-depan, tuding-tuding, eh artis kan dia? "Saya senyum... lepas tu duduk sebelah saya dan anak-anak, curi-curi ambil gambar. Kemudian ada ahli keluarga dia datang jerit kuat-kuat wei ada artislah. "Rasa macam kucing dalam sangkar. Kalau dia minta ambil gambar elok-elok mesti saya bagi atau tanya dan sapa serta beri salam, mesti saya jawab," ujarnya. Fazley meluahkan rasa kesalnya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu. Rasa macam kucing dalam sangkar. Kalau dia minta ambil gambar elok-elok mesti saya bagi atau tanya dan sapa serta beri salam, mesti saya jawab. DATUK FAZLEY YAAKOB Penyanyi Fazley menambah, salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan menolak untuk berselfie sebaliknya menyatakan dia tidak berminat dengan golongan selebriti. "Masalahnya masih ada orang yang kurang 'cara' apabila bertemu orang lain. Apa nak buat ya? "Sebenarnya saya offer nak ambil gambar dengan makcik tu. Saya cakap jomlah, saya pegangkan kamera, kita selfie. Tahu apa dia jawab? "Maaf ya Fazley, saya tak minat artis-artis ni. Haha... luah mati mak, telan mati bapa jadinya," ujarnya lagi.