PENYANYI Sissy Imann berang dengan individu yang menggunakan akaun bernama Chainsmoker Hailey menghina ibunya di ruang komen video klip lagu terbaharunya, Sudahlah(Meow) di Youtube. Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 24, memberitahu dia enggan memaafkan individu yang telah melukakan hatinya dengan komen hinaan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Sambut hari jadi di hospital, Sissy Iman terkena renjatan elektrik ketika 'curl' rambut Sissy meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang menghina ibunya. "Berdosa dengan Allah, bertaubat pohon doa, InsyaAllah terampun. Berdosa dengan manusia, selagi manusia itu tak ampunkan, dibawa sampai hari kiamat. "Awak nak kutuk saya boleh tapi awak nak kutuk mak saya... Itu mak saya, syurga saya dan saya tahu apa awak cakap itu tak betul sama sekali. "Suka hati awak cakap benda yang awak sendiri tak pasti. Awak hina, awak tuduh, awak sepertinya sungguh tahu. "Hati saya dah tergores kerana awak suka hati menghina saya dan mak saya. Saya tak maafkan sampai awak masuk ke liang lahad sehingga kita dibangkitkan satu hari nanti," katanya. Awak nak kutuk saya boleh tapi awak kutuk mak saya... Itu mak saya, syurga saya. SISSY IMANN Penyanyi Sissy memuat naik kenyataan itu menerusi laman Instagramnya pada Rabu dan rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa marah terhadap individu tersebut. Bagaimanapun, menerusi ruang komen IG Sissy, seorang pengikutnya memberitahu komen asal individu berkenaan sudah dipadam dan akaun individu itu juga ditutup. Menerusi luahan tersebut, individu tersebut didakwa menuduh dan menghina ibu kepada penyanyi lagu Pesanan Ayahanda. Dalam pada itu, Sissy tidak dapat memaafkan individu berkenaan berikutan komen yang ditulis itu dianggap keterlaluan. Sissy tampil dengan lagu terbaharu berjudul Sudahlah(Meow). "Betul, bila kita dapat memaafkan orang yang buat jahat pada kita itu satu perbuatan yang mulia. "Tapi kalau dah melampau sampai suka hati menganjing-anjingkan mak orang, putar belit kenyataan sendiri dengan edit komen sendiri, menghina, menuduh tanpa usul periksa. "Carilah saya di kemudian hari nanti okey? Makin diam, makin dia menjadi-jadi," ujarnya.