suria

Cayalah... biasanya artis nak menunjuk-nunjuk kereta mewah! Maya Karin naik tren ke majlis anugerah curi perhatian

Maya Karin naik MRT elak pencemaran udara.

TINDAKAN Maya Karin menggunakan pengangkutan awam iaitu MRT (Mass Rapid Transit) bagi menghadiri sebuah majlis anugerah mendapat perhatian netizen.

Rata-rata memuji aktres itu yang dianggap tidak menunjuk-nunjuk seperti segelintir artis lain sebaliknya bangga menaiki kemudahan awam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beruang bukan kucing kurap!” - Maya tak setuju, Sharnaaz pula bersangka baik niat Zarith Sofia simpan beruang matahari

"Steady la kak Maya tak malu naik pengangkutan awam... selalunya artis-artis kita ni menunjuk-nunjuk kereta mewah je" ujar salah seorang netizen.

Sementara itu, menurut Maya, dia menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas selain mengurangkan pencemaran udara.

Maya dapat pujian netizen gunakan kemudahan awam.

"Saya menaiki pengangkutan awam untuk menggelakkan kesesakan trafik dan juga dapat menjimatkan bahan bakar yang menyebabkan pencemaran udara"

"Mengambil pengangkutan awam dapat mengurangkan perbelanjaan di samping harga tambang yang murah untuk ke destinasi yang di tuju" ujarnya.

Maya menggunakan kemudahan awam itu dari pusat membeli-belah E-curve menuju ke LRT Masjid Jamek bagi menghadiri majlis Anugerah River Of Life 2019 pada Isnin.

Majlis Anugerah River Of Life 2019 itu bertujuan untuk meraikan komuniti, institusi pendidikan, industri korporat, pemaju, orang awam, individu dan media yang banyak menyumbang kepada projek River of Life sejak tahun 2017.

Projek River of Life ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang ramai untuk memelihara kebersihan sungai.

Maya Karin, pengangkutan awam

Artikel Lain