ANAK pasangan selebriti Mawar Rashid dan Raf Yaakob iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia sembilan bulan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa. Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, anaknya itu disahkan terkena jangkitan virus Influenza A. ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid izin anak usia tujuh bulan terima tawaran berlakon ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid FaceTime dengan anak di set lakonan - “Rasa patah hati tengok anak menangis, tapi kerjaya perlu diteruskan” "Kesian dia... Rafael ni memang clingy dengan Mawar kebelakangan ni. Antara perkongsian yang dimuat naik di Insta story Mawar Rasid. "Bila Facetime pun dia menangis nak mummy dia angkat. "Rafael terkena Influenza A dan sedang dirawat di hospital sekarang. Semoga dia cepat sembuh," tulisnya. Mawar memaklumkan mengenai perkara itu menerusi beberapa posting di Insta story miliknya. Perkongsiannya itu menyentuh emosi beberapa peminatnya yang bimbang dengan kesihatan bayi itu lebih-lebih lagi apabila pasangan suami-isteri itu sedang sibuk menjalani penggambaran drama TQ Captain. Raf dan Mawar terlibat dalam drama TQ Captain. Sementara itu, Raf menerusi laman sosial Instagramnya pula berkata, dia dan Mawar terlalu letih kerana terpaksa bergegas ke hospital setiap kali selepas selesai penggambaran. Raf yang turut terlibat dalam drama berkenaan mengakui berasa tidak keruan ketika menjalani penggambaran drama itu apabila memikirkan keadaan kesihatan anak mereka. "Habis shooting tadi dia ajak tengok pre-recorded TQ Captain sebab masa on air tadi dia masih tengah shooting. Tapi akhirnya tv yang tengok dia. Tapi tak apa abang faham. Semalam Mawar dan Raf habis shoot pukul 4 pagi. Saya pasti krew dan pelakon lain pun sama kepenatan tahap dewa. "Habis shoot terus balik sampai rumah pukul 5 pagi. Cepat-cepat siap, terus ke hospital jaga Rafael pula dan lepas tu masuk set balik tengah hari tadi. Ni baru nak dapatkan tidur yang cukup selepas tak tidur sangat semalaman. Doakan Rafael cepat sembuh ya. Tak keruan kami shooting fikirkan tentang dia. RAF YAAKOB Pelakon "Ni baru nak dapatkan tidur yang cukup selepas tak tidur sangat semalaman. Doakan Rafael cepat sembuh ya. Tak keruan kami shooting fikirkan tentang dia," kata Raf. Terdahulu, Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Mawar mempunyai dua orang anak tiri, Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil perkahwinan pertama Raf.