BIARPUN masih menahan kesakitan disebabkan masalah cakera tergelincir (slipped disc), ahli kumpulan One Nation Emcees iaitu Sabhi Saddi tetap meneruskan perjuangan dalam program Gegar Vaganza musim keenam (GV6). Menurut Sabhi, 35, dia sudah berjanji kepada anggota kumpulannya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan walau apapun terjadi. "Terus terang, memang sakit sangat. Kalau 100 peratus, saya hanya boleh beri 40 peratus sahaja yang okey, selebihnya masih sakit. "Apa-apa pun saya percaya, sakit ini bukan datang daripada sesiapa tetapi Allah nak beri sakit, sakitlah. Saya tak boleh buat apa-apa. Sabhi tetap berpegang pada janjinya kepada kumpulan One Nation Emcees. "Dari awal lagi saya sudah berjanji pada anggota yang lain untuk buat yang terbaik. Sebab itu, saya tetap akan teruskan," katanya kepada mStar. Sebelum ini, Sabhi dikatakan mengalami penyakit misteri apabila dia tidak dapat mengawal pergerakan dan kebas satu badan sewaktu beraksi di konsert GV6 minggu kelima. Tapi saya tahu kemampuan saya dan akan sentiasa berhati-hati supaya tidak melakukan sesuatu perkara berlebihan. SABHI SADDI PENYANYI Menurut aktor ini, dia pernah mempunyai masalah slipped disc namun ia berlaku lapan tahun lalu. Dalam pada itu, Sabhi mendedahkan kesakitan yang dialaminya itu kini mula dirasai bukan sahaja di bahagian belakang namun di sebelah kiri dan kanan badannya. Bagaimanapun, dia menyedari kemampuan dan sentiasa berhati-hati dalam setiap pergerakkannya supaya tidak memudaratkan diri. Sabhi masih dalam proses untuk pulih daripada masalah slipped disc. "Saya tidak boleh berdiri terlalu lama, lebih-lebih lagi sekarang ini sakit sudah mula rasa di bahagian kiri dan kanan belakang badan saya. "Tapi saya tahu kemampuan saya dan akan sentiasa berhati-hati supaya tidak melakukan sesuatu perkara berlebihan. "Selalunya, saya akan all out pada hari konsert sahaja manakala sesi latihan hanya buat sekadar yang mampu," ujarnya. Selain Sabhi, kumpulan One Nation Emcees turut dianggotai oleh Mimi Fly, Jojoe Fly dan Kozae Murtaza.