suria

Syatilla Melvin tawar RM3,000 jejak ‘bibik’ lari dari rumah - “Ciri-ciri... pendek, ada tahi lalat, gigi jarang”

Syatilla berkongsi foto pembantu rumahnya (gambar kiri) yang dikatakan melarikan diri pada Khamis.

PELAKON Syatilla Melvin menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM3,000 bagi menjejaki pembantu rumahnya yang melarikan diri pada Khamis lalu.

Dakwa Syatilla, wanita tersebut melarikan diri setelah melakukan sesuatu perkara yang tidak diingini terhadap keluarganya.

"Wahai pengikut yang tercinta, saya tawarkan ganjaran wang tunai untuk sesiapa yang ternampak atau terjumpa mangkuk ayun ni (maid aku).

"Ciri-ciri... pendek, ada tahi lalat, gigi jarang. Dia lari pagi tadi (Khamis) dan sudah buat sesuatu pada keluarga saya," katanya.

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini berkongsi mengenai maklumat pembantu rumah yang hilang itu menerusi laman Instagram miliknya.

Foto wajah pembantu rumah (kanan) seperti yang dikongsikan Syatilla di Instagram.

Bersama posting tersebut turut disertakan beberapa keping foto wanita warga Indonesia berkenaan.

Sementara itu, Syatilla berkata dia sudah mendapatkan bantuan pihak polis bagi mengesan kehilangan pembantu rumahnya itu.

"Polis akan bantu dalam siasatan, jadi sesiapa terjumpa tolong pegang dia dan mesej saya cepat. Mohon repost!

Syatilla dan suami, Shaheizy Sam.

"Sesiapa jumpa rojer, RM3,000 aku bagi... dia mungkin dekat area TBS (Terminal Bandar Selatan) sekarang atau Johor lari ikut Batam, Indonesia," ujarnya.

Perkongsian Syatilla itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada yang meninggalkan komen melihat wanita tersebut di hentian bas.

"Eh, bukan dia ke minta tolong beli tiket ke Johor dekat TBS tadi? Atau saya silap orang?

"Berani betul perempuan tu... Netizen ayuh gunakan kuasa anda! Cari sampai dapat," komen pengikut.

Syatilla Melvin, Shaheizy Sam

Artikel Lain