suria

“Saya sudah rasa berada di puncak” - Aweera harap Pelita Lusoh kembalikan namanya dalam industri

Aweera akan terus menyanyi selagi peminat akan terus menyokongnya

PENYANYI Aweera tidak menafikan industri muzik kini memberi tumpuan kepada kemunculan penyanyi-penyanyi baharu atau budak-budak Baru nak up (BBNU).

Menurut Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norriyissham, 28, berkata, dia pernah melalui zaman puncak itu satu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Indonesia cari Aweera, dikatakan ‘hilang tanpa alasan’ - “Aku dah empat tahun single... makcik tolong jangan fitnah”

Aweera bersama kumpulan terbaharunya iaitu kumpulan Pelita Suluh

"Ya mazing-masing ada zaman, saya sudah rasa berada di kemuncak kerjaya sebelum ini seperti mereka.

"Namun perkara itu tidak membuatkan saya kesal dan saya tidak akan berhenti selagi peminat masih menerima kehadiran saya dalam indusri," ujarnya kepada mStar.

Aweera ditemui pada sidang media Ekspo Jom Niaga Jelajah Johor yang diadakan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saya juga berharap agar kumpulan ini dapat menjadikan saya masih bertapak di industri muzik Malaysia

AWEERA

PENYANYI

Sementara itu, bekas vokalis Mojo dan Prime Domestic ini percaya kumpulan baharu iaitu Pelita Lusoh bakal mengangkat kembali namanya dalam industri.

"Kumpulan Pelita Lusoh sudah menjadi rumah untuk saya, jadi saya akan memberikan yang terbaik.

"Saya juga berharap agar kumpulan ini dapat menjadikan saya masih bertapak di industri muzik Malaysia," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharu kumpulan Pelita Lusoh bakal melancarkan album pertama mereka dalam terdekat.

"Kami baru sahaja habis rekod lagu untuk album terbaharu yang dijangka dikeluarkan dalam bulan Februari.

"Kami juga sudah mempunyai syarikat pengurusan sendiri yang akan melahirkan artis-artis bawah naungan kami," ujarnya.

Aweera, Pelita Lusoh, BBNU

Artikel Lain