suria

#HappyBirthdaySitiNurhaliza trending di Twitter, Tok Ti mohon doa agar sentiasa tabah harungi dugaan

SEMPENA ulang tahun kelahiran yang ke-41, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur atas segala kurniaan yang Allah berikan kepadanya.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin memohon doa agar diri dan hatinya sentiasa dekat pada Tuhan serta tabah dalam setiap dugaan yang datang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berniaga dengan jujur dan jangan salah guna nama Aafiyah!” - Siti Nurhaliza kesal ratusan akaun palsu atas nama anaknya

"Alhamdullillah, terima kasih ya Allah di atas kurniaan umurku, kesihatanku, rezekiku, suamiku, ibuku, adik-beradikku, anakku dan kasih sayang orang terhadapku.

Siti meluahkan rasa syukur atas kurniaan Allah berikan.

"Jadikan aku orang yang sentiasa bersyukur dan bersujud kepadaMu... Kurniakan ku keimanan yang tinggi dalam mengharungi dugaan di dunia ini.

"Peganglah dan pimpinlah hatiku ya Allah..."Dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan," kata Siti.

Siti berkongsi luahan dan doa tersebut di Instagramnya pada Sabtu dan rata-rata peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat penyanyi nombor satu Malaysia itu.

Keluarga bahagia Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, peminat turut mewujudkan hashtag #HappyBirthdaySitiNurhaliza di laman Twitter sehingga menjadi trending di Malaysia.

Malah, mereka turut berkongsi beberapa foto dan video kenangan bersama penyanyi Anta Permana itu.

Manakala stesen radio seperti Hot FM memutarkan lagu-lagu popular Siti Nurhaliza sejak awal pagi, Sabtu.

Artikel Lain