suria

“Tak timbul soal tumpang populariti siapa-siapa” - Lagu ala 60-an Baby Shima dan Fairuz Misran dapat sambutan

Baby Shima tidak menganggap kolaborasi dengan Fairuz sekadar untuk menumpang popularitinya.

PENYANYI Baby Shima tidak menganggap penyanyi mirip Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Fairuz Misran mempunyai niat untuk menumpang popularitinya dengan menerusi lagu kolaborasi mereka berjudul Ikatan Asmara.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, dia akan menolak tawaran untuk bekerjasama dengan penyanyi itu sekiranya mengetahui ia adalah tujuan utama seseorang itu menjalinkan kerjasama dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersihkan nama saya!” - Baby Shima terkejut dikaitkan dengan aktiviti pelacuran di Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit banyak kontroversi... Baby Shima dituduh sengaja cipta publisiti murahan - “Saya tak kisah apa orang cakap”

"Sejujurnya tak rasa pun dia tumpang populariti saya... tapi kalau orang yang ada tanggapan begitu saya tak ambil peduli mereka nak cakap apa.

Shima menyanyikan lagu berentak era 60-an bersama Fairuz Misran berjudul Ikatan Asmara.

"Cuma saya bersyukur dapat rakan duet yang baik macam abang Fairuz. Saya rasa dia banyak membantu dalam mengajar saya cara untuk menyanyikan lagu 60-an.

"Saya tak rasa pun saya lebih famous dari dia... jadi tak timbul pun soal dia tumpang atau rampas publisiti saya. Kalau saya tahu begitu dah lama saya reject dia nyanyi dengan saya," ujarnya kepada mStar.

Bercerita mengenai lagu terbaharunya bersama Fairuz berjudul Ikatan Asmara, Shima mengakui dia pada awalnya berasa tidak yakin untuk menyanyikan lagu era 60-an gara-gara genre yang tidak menepati citarasa masyarakat kini.

Bagaimanapun, kata Shima, dengan jumlah tontonan muzik video yang mencapai 2 juta kurang dari tempoh seminggu dimuat naik di Youtube membuktikan sebaliknya.

"Pada awalnya memang saya tak yakin untuk bawa lagu ini kerana rentaknya 60-an. Kita tahu orang sekarang punya citarasa berlainan, mereka lebih suka lagu-lagu yang ada beat.

Apa-apa kontroversi yang terjadi sebelum ini kalau orang nak cakap gimik ke suka hati mereka.

BABY SHIMA

PENYANYI

"Lagi-lagi dengan suara saya yang lebih sesuai menyanyikan lagu berentak dangdut tapi mujurlah Apak (Harry Khalifah) beri saya semangat untuk nyanyikan lagu ini.

"Alhamdullah, ia diterima ramai. Saya ingatkan orang tak boleh nak terima, tak sangka mereka masih nak dengar lagu-lagu lama," katanya.

Lagu duet Shima dan Fairuz berjudul Ikatan Asmara menduduki carta trending nombor satu di laman Youtube hanya dalam masa dua hari selepas ia dimuat naik. 

Dalam perkembangan lain, Shima menjelaskan dia mahu memberi perhatian terhadap kerjaya berbanding kontroversi melibatkan hal-hal peribadi.

Penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini menjelaskan untuk berdepan kontroversi yang pernah melandanya sepanjang tahun 2019 sebelum ini adalah sesuatu yang tak diduga dan agak berat buat dirinya.

Shima bergambar kenangan bersama Fairuz (kiri) dan Apak Harry Khalifah (tengah).

"Nak ikutkan saya dah lama dalam industri hiburan dan apa yang saya inginkan adalah untuk lebih fokus terhadap kerjaya berbanding hal-hal peribadi.

"Saya sedar untuk tempatkan nama dalam industri bukanlah sesuatu yang mudah jadi sebab itu kalau boleh saya tak nak ada kontroversi melibatkan hal peribadi.

"Yang pasti benda-benda itu datang bukan diminta. Saya anggap apa yang terjadi sebelum ini ada hikmahnya. Saya sedar menjadi selebriti itu memang tak boleh nak lari dari gosip. Apa-apa kontroversi yang terjadi sebelum ini kalau orang nak cakap gimik ke suka hati mereka," ujarnya.

Baby Shima, Fairuz Misran

Artikel Lain