SEAKAN mahu mencari publisiti sebelum single terbaharu dilancarkan tidak lama lagi, penyanyi Andi Bernadee mengundang perhatian netizen dengan memuat naik video tarian yang disifatkan berunsur lucah. Rata-rata melahirkan rasa kurang senang dengan gimik promosi yang digunakan Andi. Namun menurut Andi, 28, video adegan tarian bersama seorang wanita berbaju hitam dan berseluar ketat sambil berpegangan tangan yang dimuat naik di Instagram itu adalah sebahagian daripada kerjanya sebagai anak seni. ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka sengkek 'content'?” Andi Bernadee bengang dimalukan tak tahu doa buka puasa ARTIKEL BERKAITAN: Muka seiras Suneo dalam cerita 'Doraemon'... Ini komen Andi Bernadee! "Video yang saya muat naik di Instagram bukan bertujuan untuk mencetuskan kontroversi. Ia adalah salah satu babak yang ingin saya tunjukkan dalam video muzik single terbaharu berjudul Shimmy. "Saya tidak kisah pasal kontroversi kerana apa yang dibuat di dalam video tersebut adalah kerja sebagai seorang penyanyi. "Masa tu kami tengah berlatih untuk mendapatkan tarian yang sempurna bagi penggambaran video muzik terbaru saya," katanya kepada mStar pada Jumaat. Komen netizen mengenai tarian Andi Bernadee bersama seorang wanita. Dalam pada itu penyanyi lagu Satu Peluang ini enggan mengulas mengenai koreografi tariannya yang dilabel lucah oleh netizen. Hasil pemerhatian mStar, netizen juga mempersoalkan status wanita berkenaan kerana dilihat begitu mesra bersama Andi. "Perempuan dalam video tersebut adalah seorang penari yang bakal muncul dalam video muzik terbaharu saya," katanya sambil berkata single berjudul Shimmy akan dilancarkan pada minggu kedua Februari.