KESELAMATAN anak semestinya menjadi perhatian utama setiap ibu bapa. Begitu juga buat pelakon Nabila Huda yang meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan anak perempuannya iaitu Keisha Laila yang kini berusia sembilan tahun. ARTIKEL BERKAITAN: "Penjara 15 tahun tak cukup, biar merana seumur hidup!" - Reaksi Nabila Huda terhadap perogol kanak-kanak ARTIKEL BERKAITAN: “Dan tiba waktunya untuk berpisah pula” - Nabila Huda Menurut Nabila, 36, watak ibu yang dipegangnya menerusi filem M4M4 membuatkan dia paranoid dan lebih berhati-hati terhadap keselamatan anaknya itu. "Masa shoot cerita ni saya terus terfikir apa akan saya lakukan sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada saya. Nabila bersama anaknya, Keisha yang semakin meningkat dewasa. "Apa jadi kalau ia melibatkan Keisha? Apa tindakan saya? Confirm saya akan gila!" ujarnya kepada mStar. Nabila ditemui pada malam Tayangan Perdana filem M4M4 di e-Curve, Petaling Jaya pada Khamis. Dalam pada itu, Nabila berkata, dia memilih untuk tidak terlalu mengongkong pergerakan anaknya itu. Sebaliknya, kata anak kepada penyanyi Rock, Amy Search ini, dia memiliki cara tersendiri dalam mendidik anak dalam mempertahankan diri. "Saya percaya kita berada di negara yang selamat... malapetaka atau benda buruk itu akan terjadi tanpa dijangka, mungkin ia sudah tertulis. Cuma kita yang perlu berhati-hati. Biasanya saya akan cakap dengan Keisha kalau ada orang tak kenal pegang dia kena jerit kuat-kuat atau menangis. NABILA HUDA PELAKON "Tapi janganlah keterlaluan sangat nanti anak kita pula yang rimas. Cuma saya akan memerhati dia daripada jauh sebagai langkah berjaga-jaga. "Biasanya saya akan cakap dengan Keisha kalau ada orang tak kenal pegang... kena jerit kuat-kuat atau menangis. Kalau nak pergi mana-mana pun saya tak kasi dia untuk berada jauh daripada saya. Tapi saya tak adalah sampai nak hantar Keisha ke kelas mempertahankan diri," ujarnya. Bercerita mengenai filem M4M4, Nabila berkata, antara punca utama dia berminat untuk menerima tawaran lakonan ini adalah kerana tema cerita yang mengaitkan hubungan antara ibu dan anak. "Kehilangan itu adalah sangat menyakitkan apatah lagi apabila anak yang disayangi telah dirogol dan dibunuh. "Misalnya, pesalah hanya akan dihukum penjara dan sebatan saja sedangkan hukuman lebih berat harus dijatuhkan. Antara babak yang meruntun jiwa dilakonkan Nabila Huda dalam filem M4M4. "Kita perlu memikirkan situasi terhadap mangsa yang melalui keadaan tersebut untuk membesar sebagai gadis normal," ujarnya. Nabila yang memegang watak Aini menerusi filem M4M4 memiliki seorang anak perempuan bernama Alya. Setelah kematian suami, Aini berusaha keras setiap hari untuk memberikan kehidupan yang terbaik buat anak kesayangannya. Suatu hari, anaknya Alya pulang dalam keadaan sakit dan cedera akibat diperkosa dengan kejamnya. Bagaimana Aini sebagai seorang M4M4 menangani kemelut emosinya? Segalanya bakal terjawab dalam filem M4M4 yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 6 Februari ini.