suria

“What?! Saya dah call tanya, sistem sangat teruk!” - Ruhainies kecewa tiada bantuan ketika terkandas di Filipina

Ruhainies berhadapan pengalaman menakutkan apabila terkandas di Filipina dan tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan letusan gunung berapi Taal.

SIAPA yang tidak kecewa sekiranya tiada pihak yang sudi membantu ketika dalam kesusahan.

Itu nasib pelakon Ruhainies yang meluahkan rasa kecewa terhadap pihak Kedutaan Besar Malaysia di Filipina yang didakwa tidak memberi kerjasama kepadanya sewaktu dia terkandas di Manila pada 13 Januari lalu susulan letusan gunung berapi Taal.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies terkandas di Filipina kerana gunung berapi meletus - “Doakan kami… I’m scared!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tunggu saya kata okey!” - Ruhainies dedah kekasih dah ‘ready’ kahwin bila-bila masa sahaja

Menurut Ruhainies, dia yang berada dalam keadaan kusut ketika itu meminta bantuan daripada pihak kedutaan namun permohonannya itu dibalas dengan alasan yang tidak wajar.

Ruhainies terkandas di Filipina kerana letusan gunung berapi Taal.

"Saya ada hubungi Kedutaan Besar Malaysia di Filipina untuk meminta bantuan memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya.

"Saya mohon nasihat daripada pihak mereka. Individu yang bercakap dengan saya berjanji untuk menghubungi saya semula tapi sampai sekarang tiada apa-apa maklum balas," ujarnya kepada mStar.

Tambah adik kepada pelakon Risteena ini, dia berasa lebih hampa apabila kenyataan pihak kedutaan kepada pihak media menyatakan tiada rakyat Malaysia yang terjejas di negara itu.

Sistem sangat teruk! Saya kecewa dengan kedutaan di sana.

RUHAINIES

PELAKON

"What?! Saya dah call tanya, sistem sangat teruk! Saya kecewa dengan kedutaan di sana," katanya lagi.

Terdahulu, Ruhainies berada di Manila pada 10 Januari lalu bagi menghadiri acara Anugerah Televisyen Asia ke-24.

Bagaimanapun dia dan ibu bapanya terkandas di Filipina dan tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan letusan gunung berapi Taal yang berlaku di negara itu.

Gunung berapi Taal yang terletak 65 kilometer di selatan Manila dilaporkan meletuskan debu pada Ahad lalu mengakibatkan ribuan penduduk dipindahkan dari kawasan berkenaan.

Ruhainies, Kedutaan Malaysia

Artikel Lain